TERLAMPAU KACAK? ANDA MUNGKIN AKAN TERKANDAS DALAM KERJAYA!
Terlalu kacak sebenarnya tidak bagus untuk kerjaya seorang lelaki? Apa benar dakwaan ini? Ya, sebuah kajian yang dilakukan baru-baru ini mempercayai kenyataan bahawa lelaki kacak sukar untuk berjaya.
Menurut penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat dan UK, pekerja lelaki yang kacak atau ‘terlebih’ tampan cenderung untuk dilihat sebagai ancaman oleh bos mereka.
Ini kerana lelaki kacak dikatakan lebih pandai dan berbakat dalam kerja, lantas membuatkan bos mereka lebih cemburu dengan kebolehan ini. Atas alasan itu, ada lelaki berkemungkinan sukar menduduki jawatan yang sama kuat dan setaraf dengan bos mereka.
LELAKI KACAK SUKAR UNTUK NAIK PANGKAT

Kajian ini melibatkan para penyelidik di Universiti Pengurusan London University of Management dan University of Maryland di Amerika Syarikat yang menjalankan empat percubaan berasingan di empat pejabat berbeza.
Menurut penyelidikan ini lagi, apabila seorang bos lelaki menggaji lelaki lain, keputusan mereka secara automatiknya dipengaruhi secara negatif dek daya tarikan pekerja dan jenis pekerjaan.
“Pengurus atau bos kebanyakannya dipengaruhi oleh stereotaip dan pengambilan pekerja adaah untuk kepentingan diri sendiri agar organisasi tidak akan mendapat calon yang paling kompeten,” jelas profesor Sun Young Lee, penyelidik utama di University of Maryland.
“Dengan lebih banyak syarikat yang melibatkan pekerja dalam proses pengambilan, perkara penting ini perlu diberi perhatian. Kesedaran bahawa pengambilan pekerja dipengaruhi oleh potensi hubungan dalam kerjaya dan kecenderungan stereotaip dapat membantu organisasi meningkatkan proses pemilihan mereka.”
Berbeza dengan wanita cantik pula, mereka dianggap sebagai tidak pandai membuat kerja jadi ini menyebabkan mereka sukar untuk mengembangkan karier.
TIP KERJAYA DAN NAIK PANGKAT ANDA BOLEH CUBA

Foto: Freepik
Anda mahu naik pangkat dan kembangkan lagi kerjaya anda? Kami di GLAM Lelaki ada beberapa petua yang dapat membantu anda. Apa yang anda perlu lakukan hanya pendekatan strategik mudah ini:
- Tetapkan matlamat yang jelas untuk jangka masa panjang dan objektif jangka masa pendek. Ini memberi anda guideline agar anda nampak hidup anda pada masa hadapan.
- Sentiasa belajar perkara baru kerana dunia sentiasa berubah. Apa yang anda belajar di universiti 10 atau 20 tahun lalu mungkin sudah lapuk. Hadiri sahaja kursus dan bengkel percuma dalam talian dan anda akan memperoleh sijil yang berguna untuk tukar kerja atau naik pangkat.
- Bina networking yang kukuh. Tidak kira anda dalam industri mana sekalipun, kadang kala mengenali seseorang dalam organisasi yang anda mahukan memberi peluang lebih besar untuk dapat kerja baru. Malah, anda juga boleh berhubung dengan rakan sekerja di platform seperti LinkedIn.
- Sekiranya anda gemar syarikat sekarang tetapi mahu naik pangkat, anda perlu tunjuk inisiatif dengan mengambil projek lebih mencabar dan tawar diri sendiri untuk menjadi pemimpin. Jika mahu menonjol kepada majikan, perlulah tunjuk kita berkemampuan bukan?
- Update resume dan profil LinkedIn mengikut sistem ATS (applicant tracking system). Ini kerana kebanyakan pekerja sumber manusia di syarikat besar tidak lagi melihat resume satu persatu, mereka menggunakan sistem ini untuk filter individu yang layak.
- Jangan lupa untuk praktis temuduga terlebih dahulu. Pastikan anda sudah tahu jawapan kepada soalan-soalan asas seperti kenapa mahu bekerja di syarikat kami, kelemahan dan kekuatan anda, serta skillset anda. Kalau boleh, pastikan jawapan anda berbeza dengan setiap jawatan yang anda apply.
Teks Wan Firdaus
Artikel berkaitan: INI 8 PERKARA LELAKI MATANG TIDAK AKAN BUAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











