Skip to content

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Kongsikan artikel ini

Samsung Electronics Co., Ltd. kini melancarkan Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+, Galaxy S24 dan secara langsung memperkenalkan pengalaman mudah alih baharu dengan Galaxy AI. 

Siri Galaxy S menerajui era baharu yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna selama-lamanya. AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri. Dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar.

Dengan fitur ProVisual Engine Galaxy dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Galaxy AI memperkenalkan kecerdasan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti setiap aspek kehidupan.

Galaxy S24

Sememangnya, siri ini bukan hanya melanjak aktiviti berkomunikasi ke era baharu. Carian dalam talian juga telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan. Galaxy S24 dengan bangganya memperkenalkan gaya carian yang intuitif lagi dipacu gerak isyarat dengan Google iaitu fitur Circle to Search 8. Ia telah bergabung dengan Google dan membuka bentuk penemuan baharu dengan gerak isyarat yang mudah.

Galaxy S24

Dengan keupayaan Nightography yang dipertingkatkan, foto dan video yang dirakam dengan Galaxy S24 Space Zoom kekal cerah dalam sebarang keadaan. Termasuk juga rakaman yang telah dizum. Nikmati pencahayaan tinggi walaupun dalam keadaan malap dengan saiz piksel Galaxy S24 Ultra yang lebih besar. Di mana ia bersaiz 60% lebih besar berbanding dengan model sebelumnya.

Ralat kabur juga dikurangkan dengan penstabil imej optikal (OIS) yang lebih luas dan pembetulan gegaran tangan yang dipertingkatkan. Semasa merakam video, kedua-dua kamera hadapan dan belakang dilengkapi dengan Blok ISP Khusus yang mengurangkan hingar.

Manakala Galaxy S24 menganalisis maklumat giro untuk membezakan antara pergerakan penggambar dan subjek. Ini membolehkan penyingkiran hingar yang lebih berkesan dan rakaman video suasana malap yang jelas, walaupun dari jarak jauh.

Galaxy S24

Bagi menghasilkan imej yang cemerlang tanpa mengira suasana mahupun keadaan, Super HDR membolehkan pengguna meneliti hasil karyanya sebelum pengatup ditekan menerusi fitur pratonton.

Untuk ini, apl media sosial pihak ketiga memanfaatkan dengan sepenuhnya sistem kamera berkuasa AI Galaxy. Menerusi ciri kamera siri Galaxy S premium, ini telah menyepadukan apl pilihan dengan fitur HDR untuk memudahkan perkongsian sosial.

Galaxy S24

Corning® Gorilla® Armor pada paparan dipertingkatkan secara optikal lagi menampakkan ketahanan tertinggi terhadap kerosakan dan calar-balar seharian. Ia juga berupaya mengurangkan kesan pantulan sehingga 75% dalam pelbagai keadaan pencahayaan untuk menjamin pengalaman menonton yang jelas lagi selesa.

 

Layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk lebih lanjut.

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut
samsung watch Malaysia

SIHAT DAN BERGAYA BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY WATCH6 TERBAHARU

Bacaan Lanjut