ZAC EFRON BAKAL PEGANG WATAK PEMBUNUH BERSIRI
Ramai sedang menantikan kemunculan Zac Efron dalam filem terbaru Baywatch bersama gandingannya, pelakon aksi terkenal The Rock yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dan khabarnya, sebaik saja Zac tamat mempromosikan filem tersebut, Zac akan kembali sibuk apabila beliau akan turun ke set bagi pengambaran filem terbarunya, filem biopik salah seorang pembunuh bersiri paling terkenal di dunia, iaitu Ted Bundy.
Kali ini, bekas bintang saluran Disney itu dikatakan akan membawakan watak paling gelap pernah disandangnya. Berdasarkan laporan, filem yang berjudul Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile itu akan memulakan pengambaran tidak lama lagi dan akan ditayangkan pada tahun 2018 nanti. Filem yang bakal diarahkan oleh Joe Berlinger itu mengisahkan tentang kehidupan Ted Bundy, seorang lelaki yang menggunakan rupa kacaknya bagi memperdayakan mangsaa dan membunuh hampir 30 orang wanita dari tahun 1961 hinggalah 1978. Ted Bundy dikenakan hukuman renjatan elektrik sampai mati pada tahun 1989.
Bagaimana agaknya persembahan Zac Efron dalam membawa watak pembunuh bersiri paling terkenal itu nanti? Sama-sama kita nantikan!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PAMERAN SENI SEKITAR LEMBAH KLANG BULAN APRIL INI, KAKI SENI WAJIB PERGI!
Terokai pameran seni terbaik April ini di Lembah Klang! Galeri menarik dan seni meluas menanti pencinta seni dari semua lapisan masyarakat.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan dengan lagu-lagu yang menyentuh hati, tetapi juga dengan filem-filem bertemakan Raya yang menggamit emosi dan nostalgia.
SHARNAAZ AHMAD BURU SYAFIQ KYLE
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menggegarkan industri perfileman Malaysia dengan filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga