Skip to content

GIRLFRIEND DAY TAHUN INI, APA PATUT ANDA HADIAHKAN?

GIRLFRIEND DAY TAHUN INI, APA PATUT ANDA HADIAHKAN?

Kongsikan artikel ini
1 of 6

Tahun ini, 1 Ogos merupakan Girlfriend Day, hari istimewa untuk menghargai wanita yang menceriakan dan sentiasa di sisi  anda.

Girlfriend Day bukan hanya untuk pasangan kekasih, hari ini juga boleh diraikan bersama sahabat perempuan atau keluarga yang sentiasa ada di sisi. Jadi walaupun anda masih bujang, tetap boleh berikan hadiah buat wanita istimewa dalam hidup. Tetapi kalau anda sedang bercinta, ini masa paling sesuai untuk tunjukkan rasa cinta dan penghargaan anda dengan cara yang paling manis. Hadiah yang thoughtful dan penuh makna. Girlfriend Day bukan soal nilai hadiah yang mahal, tetapi tentang bagaimana anda memilih sesuatu yang menggambarkan betapa anda mengenali dan memahami dirinya.  Tahun ini, lupakan hadiah klise tanpa sentuhan peribadi. Fikirkan apa yang boleh buat dia senyum sepanjang hari. Hadiah yang mencerminkan siapa dia, minatnya, dan cara dia mencintai. Sama ada kecil atau besar, asalkan ikhlas, pasti memberi kesan yang mendalam. GLAM Lelaki kan bantu dan senaraikan enam hadiah untuk Girlfriend Day tahun ini!

#1 Kasut Vivaia

Untuk Girlfriend Day tahun ini, hadiahkan si dia sepasang kasut bergaya dan selesa dari VIVAIA, jenama mesra alam yang jadi kegemaran Jennie BLACKPINK. Jennie pernah memakai Margot Mary-Jane dalam warna Ruby Red selepas Coachella, dan sejak itu, rekaan effortless VIVAIA terus menjadi pilihan wanita moden. Model Bella Hadid juga pernah dilihat menggayakan VIVAIA Sneakerina dalam warna hitam dan putih. Stylish, selesa dan beretika. Sempurna untuk si dia yang anda sayangi.

girlfriend day tahun ini

Gambar dari: Vivaia

1 of 6