10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG KOREA UTARA
Ya, negara digemparkan dengan pembunuhan seorang rakyat Korea Utara iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. Memandangkan Malaysia sedang mempunyai hubungan dingin dengan Korea Utara gara-gara pembunuhan abang tiri Kim Jong Un yakni presiden Korea Utara itu, GLAM Lelaki senaraikan 10 fakta mengejutkan tentang Korea Utara yang mengamalkan gaya pemerintahan autokratik ini.
1. Penggunaan internet tidak dibenarkan untuk digunakan di seluruh kawasan di dalam Korea Utara. Sesiapa yang mahu menggunakan internet perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan Korea Utara.
2. Kalendar Korea Utara bersandarkan pada tarikh lahir Kim Il-Sung iaitu pada 15 April 1912.
3. Proses undian Korea Utara akan hanya mempunyai satu pilihan sahaja. Jadi, sudah semestinya rakyat tiada pilihan untuk mengundi pemimpinnya.
4. Menurut kajian kerajaan Korea Selatan, terdapat seramai 154,000 orang rakyat Korea Utara yang terpenjara dalam negara mereka sendiri. Mereka dikurung dalam kawasan berpagar yang dipasang menggunakan dawai berduri yang berelektrik.
5. Jika seorang sahaja melanggar undang-undang atau dihantar untuk memasuki kem penjara, ia turut akan memberi kesan kepada seluruh keluarga. Datuk nenek, ibu bapa, dan anak-anak pesalah akan dihantar bekerja untuk mereka. Negara ini mengamalkan hukuman untuk tiga generasi sekaligus.
6. Sekurang-kurangnya ada seorang sahaja warga Amerika Syarikat yang berani menetap di Korea Utara. Selepas perang Korea, Joseph Dresnok melintasi sempadan lombong ke Korea Utara. Dia berjumpa dengan tiga oang tentera Amerika yang turut melakukan perkara yang sama. Namun, Dresnok seorang sahaja yang memilih untuk menetap di sana. Dia akui yang mana dia merasakan seperti berada di rumah (tanah air). (Sumber: Majalah EH!)
7. Separuh dari populasi tinggal dalam keadaan kemiskinan melampau. Ini bermakna separuh dari 24 juta orang penduduk Korea Utara tidak mempunyai bahan keperluan asas.
8. Secara teknikal, Korea Utara dikatakan bukan bangsa komunis. Mereka mengatakan yang mereka mengikut ideologi Juche atau menolak untuk bergantung pada negara lain, menggunakan akal sendiri dan percaya pada satu sumber kekuatan sahaja. Namun dikatakan banyak ideologi ini berasaskan dari pemimpin komunis dahulu kala.
9. Rakyat Korea Utara yang mempunyai komputer di mana kebanyakan daripada mereka menetap di bandar-bandar besar hanya mempunyai kemudahan internet sehingga bandar Kwangmyong sahaja.
10. Disebabkan kekurangan sumber luar, Korea Utara terpaksa menggunakan najis manusia yang dikutip setiap hari sebagai baja.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KEJAYAAN BESAR KABILAN JELEVAN DALAM DUNIA MUAY THAI
Penghias wajah hadapan GLAM Lelaki isu Ogos 2026, Kabilan Jelevan hadir dengan barisan kejayaan sebagai satu kebanggaan di Malaysia.
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
“KUIL CHEEN SWEE SEBAGAI INSPIRASI UTAMA KOLEKSI ALPHINE & ALCHEMY HUNTILANAK,” – RYAN
Koleksi Alphine & Alchemy dari Huntilanak menjadi salah satu koleksi yang dibualkan oleh pencinta fesyen tempatan sepanjang KLFW 2026.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.















