10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025
Tidak dinafikan tahun 2024 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
Bagaimanapun 2025 tidak kurang hebatnya. Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa.
Pada suku pertama penonton telah disajikan dengan karya menghiburkan termasuk Soloz: Game of Life, Dark Nuns, Nosferatu dan Mickey 17. Tidak lupa juga sekuel yang ditunggu-tunggu seperti Bridget Jones: Mad About The Boy.
Lihat pula filem menarik yang bakal menemui anda dari April hingga Jun 2025
1. SINNERS
Tarikh tayangan: 10 April
Pelakon: Michael B. Jordan, Hailee Steinfeld, Jack O’Connell, Wunmi Mosaku, Jayme Lawson
Sinopsis: Dua beradik pulang ke kampung halaman untuk memulakan hidup baru. Malangnya apa yang mereka temui adalah kejahatan yang lebih besar, termasuk Ku Klux Klan yang telah berakar umbi.
2. BLOOD BROTHERS: BARA NAGA
Tarikh tayangan: 10 April
Pelakon: Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahya, Amelia Henderson
Sinopsis: Sekumpulan lelaki yang bekerja dalam organisasi keselamatan elit yang menyediakan perlindungan untuk orang berpengaruh dan ketua jenayah telah diuji apabila berlaku pengkhianatan dalam persaudaraan mereka.
3. ACCOUNTANT 2
Tarikh tayangan: 23 April
Pelakon: Ben Affleck, Daniella Pineda, Jon Bernthal, J.K. Simmons
Sinopsis: Christian Wolff menggunakan kepintaran mindanya dan kaedah haram di sisi undang-undang untuk menyelesaikan teka-teki berkisar pembunuhan ketua Bendahari.
4. TELAGA SURIRAM
Tarikh tayangan: 24 April
Pelakon: Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda, Scha Alyahya, Ellie Suriaty
Sinopsis: Kehilangan seorang gadis, Suriram di sebuah perkampungan terpencil menjadi misteri. Maimon yang pekak dan bisu dituduh sebagai suspek utama. Penduduk kampung juga percaya Suriram menjadi mangsa korban untuk upacara mistik kuno.
5. BLACK BAG
Tarikh tayangan: 1 Mei
Pelakon: Michael Fassbender, Cate Blanchett, Regé-Jean Page, Pierce Brosnan, Marisa Abela
Sinopsis: Sepasang suami isteri, George dan Kathryn bekerja sebagai perisik rahsia. Apabila Kathryn disyaki melakukan jenayah, George perlu memilih sama ada untuk menyelamat rumah tangga atau negaranya.
6. THUNDERBOLTS*
Tarikh tayangan: 2 Mei
Pelakon: Florence Pugh, Sebastian Stan, David Harbour, Wyatt Russell, Olga Kurylenko
Sinopsis: Sekumpulan penjahat adi wira, Thunderbolts diupah untuk menjayakan misi kompleks untuk kerajaan. Pada masa sama mereka menganggap diri sebagai pelindung sambil menangani ancaman tersembunyi yang menjejaskan keselamatan dan kestabilan global.
7. MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING
Tarikh tayangan: 23 Mei
Pelakon: Tom Cruise, Pom Klementieff, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, Hayley Atwell
Sinopsis: Ethan dan pasukannya meneruskan misi memburu program AI dikenali sebagai The Entity yang secara kebetulan berada di dalam kapal selam di dasar laut.
8. BALLERINA
Tarikh tayangan: 6 Jun
Pelakon: Ana De Armas, Keanu Reeves, Catalina Sandino Moreno, Anjelica Huston, Norman Reedus
Sinopsis: Eve Macarro a.k.a Rooney yang baru saja memulakan latihannya di akademi Ruska Roma cuba membalas dendam atas kematian bapanya.
9. 28 YEARS LATER
Tarikh tayangan: 20 Jun
Pelakon: Cillian Murphy, Aaron Taylor-Johnson, Ralph Fiennes, Jodie Comer, Jack O’Connell
Sinopsis: Tiga dekad selepas virus berbahaya tersebar, salah seorang penduduk yang terselamat memutuskan untuk menerokai tanah besar. Tanpa disangka dia menemui mutasi yang telah merebak bukan saja kepada yang dijangkiti, tetapi juga kepada mangsa yang terselamat.
10. F1
Tarikh tayangan: 27 Jun
Pelakon: Brad Pitt, Damson Idris, Javier Bardem, Simone Ashley, Lewis Hamilton
Sinopsis: Bekas pelumba kereta, Sonny Hayes mambuat kejutan apabila kembali beraksi di litar beberapa tahun selepas terlibat dalam kemalangan ngeri.
Pautan berkaitan: FILEM TERCOROT LAKONAN LIMA AKTOR POPULAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.
7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU
Filem Mission Impossible The Final Reckoning sarat aksi ekstrem dan rahsia. Ini fakta tersembunyi yang mungkin anda terlepas pandang.
THUNDERBOLTS KINI BERGELAR THE NEW AVENGERS?
Thunderbolts kini dikenali sebagai The New Avengers! Ketahui mengapa perubahan besar yang menggemparkan peminat Marvel.
ANDY TEH HERO BARU FILEM AKSI MALAYSIA
Andy Teh semakin mencuri tumpuan di kalangan peminat filem aksi. Kenali evolusi bintang ini dalam dunia hiburan tempatan.
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA APRIL 2025
Tahun 2025 baru sahaja menjelma namun layar perak sudah pun rancak dengan sajian filem hebat lagi menghiburkan.