10 FILEM TERBAIK NATALIE PORTMAN ANDA MESTI TONTON
Natalie Portman dikenali sebagai salah seorang bintang paling versatil dalam dunia perfileman Hollywood.
Memulakan kerjaya seawal usia 12 tahun, dia mencipta nama sebagai pelakon menerusi filem aksi Léon: The Professional (1994). Selepas membintangi Star Wars: Episode 1 – The Phantom Menace pada 1999, dia melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi dan menggeggam ijazah sarjana muda dari Universiti Harvard.
Sejak itu dia tidak menoleh ke belakang dan terus membintangi lebih banyak filem terkenal seperti The Other Boleyn Girl, Black Swan dan Thor.
Tonton 10 karya terbaik lakonan Natalie Portman pilihan GL
10. Lucy In The Sky (2019)
Turut dibintangi oleh: Jon Hamm, Pearl Amanda Dickson, Zazie Beetz
Filem drama psikologi yang diilhamkan daripada kehidupan angkasawan NASA, Lisa Nowak. Lucy Cola (Natalie) kembali ke Bumi daripada misi angkasa lepas pertamanya dan mula rasa terputus hubungan dengan kehidupan normal. Tanpa disangka, dia dipinggir daripada misi seterusnya dan membuat keputusan untuk membalas dendam.
9. Star Wars: The Phantom Menace (1999)
Turut dibintangi oleh: Liam Neeson, Ewan McGregor, Keira Knightley
Natalie yang masih remaja ketika itu diberi tanggungjawab menggalas watak Permaisuri Padmé Amidala dalam prekuel Star Wars. Bermula dengan karakter kuat dan bersemangat tinggi, Padmé kehilangan aspek dirinya dalam filem seterusnya, untuk memberi ruang kepada hubungannya yang membawa maut dengan Anakin Skywalker (Jake Lloyd).
8. Garden State (2004)
Turut dibintangi oleh: Zach Braff, Ian Holm, Peter Sarsgaard, Jim Parson
Selepas bertahun-tahun, pelakon televisyen Andrew Largeman (Zach Braff) pulang ke kampung halaman untuk menghadiri pengebumian ibunya. Di sana dia terpaksa menempuh kembali kehidupan lamanya termasuk berhadapan dengan bapanya yang angkuh (Ian Holm). Andrew juga bertemu si penipu kompulsif dan pemuzik amatur bernama Sam (Natalie), sekali gus hubungan terjalin sekelip mata.
7. Heat (1995)
Turut dibintangi oleh: Robert De Niro, Al Pacino, Val Kilmer, Ashley Judd
Berkisar tentang perompak profesional, Neil McCauley (Robert De Niro) yang berharap dapat melakukan rompakan terakhir sebelum bersara. Bagaimanapun gerak-gerinya diawasi seorang detektif polis yang cuba menggagalkan rancangannya. Walaupun muncul hanya dalam beberapa babak sebagai anak tiri Al Pacino, Natalie memberi impak hebat dalam filem ini.
6. May December (2023)
Turut dibintangi oleh: Charles Melton, Julianne Moore, Piper Curda
Bintang televisyen, Elizabeth (Natalie) mempersiapkan dirinya untuk menggalas watak Gracie (Julianne Moore) yang terkenal dengan kisah percintaan berbeza usia. Kala Elizabeth mencari inspirasi, masa lalu mula menghantui dirinya dan perasaan yang telah lama berkubur muncul kembali.
5. Brothers (2009)
Turut dibintangi oleh: Tobey Maguire, Jake Gyllenhaal, Bailee Madison
Dalam karya adaptasi filem Denmark ini, Natalie menggalas watak Grace Cahill, seorang wanita yang berduka atas kematian suaminya Kapten Sam Cahill (Tobey Maguire). Dia menemui ketenangan dalam diri abang Sam, Tommy (Jake Gyllenhaal) sehinggalah suaminya yang dianggap telah mati dalam perang tiba-tiba pulang.
4. Léon: The Professional (1994)
Turut dibintangi oleh: Jean Reno, Maiween, Gary Oldman
Natalie mencipta nama sebagai pelakon menerusi filem ini. Dia menggalas watak Mathilda, gadis berusia 12 tahun. Selepas kematian keluarganya, dia dijaga oleh Leon (Jean Reno). Tidak lama kemudian Mathilde direkrut sebagai protege dan mengambil alih ‘perniagaan’ Leon.
3. Closer (2004)
Turut dibintangi oleh: Clive Owen, Judd Law, Julia Roberts
Dalam filem arahan Mike Nichols ini, Natalie memegang watak sebagai Jane Jones yang menggabungkan seks dan manipulasi untuk mendapatkan apa sahaja diingininya daripada mana-mana lelaki. Natalie menerima pencalonan Oscar untuk peranan ini.
2. Jackie (2016)
Turut dibintangi oleh: Greta Gerwig, Peter Sarsgaard, Billy Crudup
Natalie turut tercalon dalam Oscar untuk filem ini. Dia memberi persembahan hebat sebagai wanita pertama Jacqueline Kennedy selepas kematian suaminya, John F. Kennedy akibat dibunuh.
1. Black Swan (2010)
Turut dibintangi oleh: Mila Kunis, Vincent Cassel, Winona Ryder
Aktres ini memenangi Oscar untuk peranannya dalam Black Swan. Ia berkisar tentang penari balet, Nina yang mendapat peluang memainkan watak White Swan, Princess Odette. Bagaimanapun dia naik gila apabila pengarah artistik Thomas (Vincent Cassel) memutuskan peranan itu lebih sesuai digalas oleh Lily (Mila Kunis).
Pautan berkaitan: 5 FILEM TERBAIK HRITHIK ROSHAN MENURUT ROTTEN TOMATOES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON
Kenali Charles Melton yang mencuri perhatian peminat menerusi persembahan luar biasanya dalam filem May December.
PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS HOLLYWOOD SEPANJANG TAHUN 2023
Perceraian selebriti bagaikan trend kebelakangan ini bukan sahaja dalam industri hiburan tempatan tetapi juga di Hollywood.
NATALIE PORTMAN BERCERAI DENGAN PEREKA TARI BLACK SWAN, BENJAMIN MILLEPIED
Rumah tangga Natalie Portman dan Benjamin Millepied yang dibina sejak 11 tahun lalu musnah sekelip mata disebabkan orang ketiga.
HEAT 2: TIMOTHEE CHALAMET PILIHAN AL PACINO
Susulan filem terkenal Heat dilaporkan bakal menemui peminat selepas 27 tahun.
FOTO BINTANG KELAS-A DALAM FILEM PERTAMA LAKONAN MEREKA
Perjalanan menjadi pelakon tidak mudah, sebahagian selebriti mengambil masa bertahun-tahun untuk bergelar bintang kelas-A.