Skip to content

100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

Kongsikan artikel ini

Meerqeen melakar sejarah sekali lagi apabila tercalon dalam senarai 100 Lelaki Terkacak 2023 atau 100 Most Handsome Faces of 2023.

Menerusi undian orang ramai dalam senarai yang dikeluarkan TC Candler dan The Independent Critics itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen berada pada kedudukan ke-62.

Aktor berusia 23 tahun ini mengatasi beberapa nama popular dunia seperti Jacob Elordi yang berada di posisi ke-97, Lionel Messi (92), Jason Derulo (88), Robert Pattinson (86), David Beckham (68), Jin BTS (67) dan Sam Heughan (64).

Tangga teratas tahun ini diungguli aktor Wonka, Timothee Chalamet yang telah tersenarai selama enam tahun. Henry Cavill dan penyanyi Hong Kong, Keung To masing-masing berada pada kedudukan kedua dan ketiga.

Anna Jobling Sertai Meerqeen

Pelakon gandingan Meerqeen dalam siri Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling turut tersenarai dalam 100 Wanita Tercantik 2023 buat dua tahun berturut-turut. Berada pada posisi ke-66, kedudukannya melonjak 18 anak tangga berbanding tahun lalu.

Pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling ini menewaskan barisan wanita cantik dunia seperti Emilia Clarke yang berada di tangga ke-100, Lily Rose Depp (96), Lupita Nyong’o (95), Margot Robbie (90), Emma Watson (83) dan Ariana Grande (79).

Anna Jobling

Tempat pertama milik penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie. Diikuti dengan pempengaruh Uzbekistan, Dasha Taran dan penyanyi Jepun, Minatozaki Sana.

Senarai 100 Terkacak dan Tercantik itu dimulakan sejak 1990 di mana ia diiktiraf sebagai antara yang paling berprestij di dunia. Pencalonan dibuat berdasarkan undian dan komen yang dihantar peminat ke saluran YouTube rasmi TC Candler. Hanya 100 nama dipilih daripada 300,000 selebriti yang tercalon dari lebih 50 negara.

 

Foto: Esquire/YSL/Pinterest

Pautan berkaitan: MEERQEEN SEBARIS DENGAN LIAM HEMSWORTH & SONG JOONG KI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut

10 KASUT BERGAYA PILIHAN AEDY ASHRAF DAN ANNA JOBLING

Bacaan Lanjut