Iklan raya tidak pernah gagal mengusik jiwa kita dengan emosi bercampur baur.
Ada yang bertemakan gembira, jenaka dan sebagainya, namun yang paling menyentuh perasaan tentunya iklan sedih dengan mesej menusuk hati. Sudah menjadi tradisi syarikat jenama terkenal untuk menghasilkan drama raya setiap tahun. Tujuannya untuk menyampaikan mesej positif buat penonton, terutama untuk dijadikan iktibar dan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
Tahun 2024 menyaksikan iklan lebaran keluar lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sekali gus membuat penonton teruja dan tidak sabar mahu memilih drama pendek manakah paling menyentuh emosi mereka. Tahun ini juga menyaksikan di hero Malaya, Beto Kusyairy mendominasi iklan jenama popular. Bagaikan ‘pisang goreng panas’, aktor ini muncul dalam enam drama pendek termasuk daripada Elrah, BHPetrol dan Adabi.
Selain Beto, selebriti tersohor lain yang membintangi iklan lebaran tahun ini termasuk Sharnaaz Ahmad, Nadiya Nisaa, Shaheizy Sam, Jalil Hamid dan MK K-Clique.
GL senaraikan 10 iklan raya terbaik tahun ini yang menarik perhatian kami
1. Duit Raya Fazli (BHPetrol)
2. Lembaran Baharu (RHB Group)
3. Janji Amir (Agrobank)
4. Conteng (PKNS)
5. Potret (Adabi)
6. Syurgaku (Proton)
7. Bahagiakan Raya (Furvit)
8. Tak Pernah Suka Mak ( Elrah Exclucive)
9. Pesan Ayah (Perkeso)
10. Salam Dari Hati (Petronas)
Pautan berkaitan: 10 IKLAN RAYA PALING BEST TAHUN 2018. MANA SATU PILIHAN ANDA?