Skip to content

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2025

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2025

Kongsikan artikel ini

Laman penstriman popular, Netflix tidak pernah sepi daripada rancangan-rancangan hebat buat peminat televisyen tempatan.

Dari siri ke filem dan dokumentari yang menarik perhatian, pelbagai genre disajikan untuk memenuhi cita rasa dan mengisi masa lapang anda.

Seperti tahun lalu, Neflix turut menampilkan pelbagai naskah menghiburkan pada tahun 2025 yang boleh anda layan bersama rakan-rakan mahupun insan tersayang.

Berikut rancangan terbaru yang anda mesti tonton Februari ini

 

1. American Murder: Gabby Petito

rancangan netflix februari 2025

Sinopsis: Apa terjadi pada hari-hari terakhir kehidupan Gabby Petito? Dalam siri jenayah benar ini, insan-insan tersayang mendedahkan kisah di sebalik pembunuhannya yang tragis.

 

2. Apple Cider Vinegar

rancangan netflix februari 2025

Dibintangi oleh: Kaitlyn Dever, Alycia Debnam Carey, Aisha Dee, Tilda Cobham Hervey, Ashley Zukerman

Sinopsis: Belle Gibson, seorang pempengaruh dari Australia mendakwa kanser otaknya telah sembuh melalui amalan gaya hidup sihat dan kesihatan holistik. Hakikatnya, semua itu hanyalah dusta!

 

3. Bogota: City of the Lost

rancangan netflix februari 2025

Dibintangi oleh: Song Joong Ki, Lee Hee jun, Kwon Hae Hyo, Park Ji Hwan, Cho Hyun Chul

Sinopsis: Selepas berpindah ke Bogotá untuk mencari kehidupan lebih baik, seorang jejaka Korea bangkit melalui pasaran gelap Colombia — mempertaruhkan nyawanya untuk meraih secebis kejayaan.

 

4. Death Whisperer 2

rancangan netflix februari 2025

Dibintangi oleh: Nadech Kugimiya, Ongart Cheamcharoenpornkul, Kajbhunditt Jaidee, Peerakit Phacharaboonyakiat

Sinopsis: Selepas tiga tahun, Yak berusaha mencari roh jahat yang membunuh adiknya untuk membalas dendam.

 

5. Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

rancangan netflix februari 2025

Dibintangi oleh: Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Khatijah Tan, Alif Hadi, Mawar Rashid

Sinopsis: Kematian Opah menyebabkan saka keluarga kehilangan tuan dan mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua. Lynn turut menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai kejadian mistik sehinggalah dia diselamatkan oleh Hafiz.

 

6. Melo Movie

rancangan netflix februari 2025

Dibintangi oleh: Choi Woo Shik, Park Bo Young, Lee Jun Young, Jeon So Nee

Sinopsis: Seorang pencinta filem jatuh hati pada seorang pengarah bercita-cita tinggi, malangnya percintaan mereka berakhir dengan pantas. Adakah cinta akan kembali bersatu apabila takdir menemukan mereka buat kali kedua?

 

7. Prison Cell 211

Dibintangi oleh: Diego Calva Hernandez, Noe Hernandez, Gerardo Taracena, Alejandro Puente, Ana Sofia Gatica

Sinopsis: Seorang peguam hak asasi manusia berdepan mimpi ngeri apabila rutin hariannya menjadi kacau-bilau setelah terperangkap dalam rusuhan penjara di sempadan bandar. Untuk terus hidup, dia terpaksa menyamar sebagai banduan.

 

8. Sumala

Dibintangi oleh: Luna Maya, Darius Sinathrya, Makayla Rose Hilli, Ivonne Dahler, Danino Basrial

Sinopsis: Tanpa pengetahuan suaminya, Sulastri membuat perjanjian dengan syaitan agar dapat memiliki anak. Dia melahirkan sepasang anak kembar; Kumala selamat manakala Sumala meninggal dunia. Kumala membesar sebagai seorang anak yang baik hati tetapi mempunyai kekurangan fizikal dan mental.

 

9. The Girl On The Train

Dibintangi oleh: Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Theroux, Luke Evans

Sinopsis: Dalam perjalanannya menaiki kereta api, Rachel menyaksikan kebahagiaan Scott dan Megan, sekali gus menganggap mereka pasangan ideal. Namun apabila Megan dilaporkan hilang, Rachel terheret dalam siasatan kes itu.

 

10. Zero Day

Dibintangi oleh: Robert De Niro, Jesse Plemons, Lizzy Caplan, Connie Britton, Joan Allen

Sinopsis: Seorang bekas Presiden Amerika Syarikat terpaksa keluar dari persaraan untuk mencari punca serangan siber berbahaya. Namun apa yang ditemuinya adalah episod pembohongan dan konspirasi besar.

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA FEBRUARI 2025