Skip to content

TERGEMPAR: SABATO DE SARNO SIGNING OFF DARI GUCCI

Kongsikan artikel ini

Pemilik jenama Gucci, Kering mengumumkan bahawa pengarah kreatifnya, Sabato De Sarno, meninggalkan jenama utama Itali itu selepas kurang daripada dua tahun memegang jawatan. Ini merupakan pertukaran pereka berprofil tinggi terbaru ketika industri barangan mewah. 

De Sarno mengambil alih sebagai ketua reka bentuk Gucci pada tahun 2023, menggantikan Alessandro Michele, salah satu tokoh berpengaruh dalam industri fesyen yang telah mendefinisikan jenama itu selama tujuh tahun dengan rekaannya yang eklektik dan penuh keceriaan.

“Saya ingin menyampaikan rasa penghargaan yang mendalam kepada Sabato atas semangat dan dedikasinya terhadap Gucci. Saya amat menghargai bagaimana beliau menghormati ketukangan dan warisan Gucci dengan komitmen yang tinggi,” kata Stefano Cantino, Ketua Pegawai Eksekutif Gucci.

Ketika industri barangan mewah menghadapi kelembapan dalam perbelanjaan, jenama utama Kering itu telah bergelut dengan penurunan hasil selama beberapa musim, dan koleksi De Sarno menerima ulasan yang bercampur-campur. Pada suku ketiga, jualan organik Gucci merosot sebanyak 25 peratus, lebih tinggi daripada ramalan penganalisis yang menjangkakan penurunan sebanyak 21 peratus. Dari segi laporan kewangan, hasil jualan jatuh sebanyak 26 peratus kepada 1.64 bilion euro.

Gucci telah menerapkan strategi pemerkasaan jenama (elevation strategy), dan seperti yang dilaporkan, pihak pengurusan meletakkan harapan pada pengenalan rangkaian beg tangan baharu, bersama koleksi pakaian siap pakai yang dibina berdasarkan rekaan terbaik De Sarno setakat ini. Selain itu, jenama ini juga berusaha untuk memendekkan masa pemasaran serta mengoptimumkan pengedaran dan penawarannya.

Pautan Berkaitan: GEORGE MCKAY WAJAH KEMPEN TERBARU GUCCI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut