12 TAMAN TEMA AIR TERBAIK HARUS ANDA SEKELUARGA KUNJUNGI
4. A FAMOSA RESORT
Selepas membina A Famosa Resort, taman tema pertama yang dibina adalah taman tema air. Pada tahun 1996, taman tema air A Famosa Resort telah siap dibina. Taman tema air A Famosa adalah antara yang terbaik di Melaka. Ia mempunyai pantai buatan dan luncur air setinggi tujuh tingkat. Selain itu, ia juga turut menawarkan aktiviti halangan air yang sesuai buat anda sekeluarga yang gemarkan aktiviti yang mencabar.
Waktu Operasi: Taman tema air ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 11 pagi sehingga 7 malam. Pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti am operasi akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 7 malam. Taman tema air ini akan ditutup pada hari Selasa kecuali ketika cuti sekolah dan cuti am.
Harga Tiket: Harga tiket untuk kemasukan ke taman tema adalah RM32 untuk dewasa dan RM26 untuk kanak-kanak. Jika anda ingin merasai pengalaman sepenuhnya di taman tema A Famosa, harga tiket satu kemasukan adalah RM98 untuk dewasa dan RM81 untuk kanak-kanak.
Kemudahan: Anda boleh bermalam di A Famosa Resort yang menawarkan harga bilik serendah RM208. Bagi anda yang gemarkan untuk bermain golf, anda boleh mencuba bermain golf pada kadar serendah RM180 untuk seorang. Perjalan dari Kuala Lumpur ke A Famosa Resort hanya mengambil masa sejam 20 minit. Perkhidmatan bas shuttle juga turut disediakan di perhentian yang ditetapkan dengan harga RM10 untuk satu pax.
Layari laman sesawang A Famosa Resort atau sosial media Facebook, Twitter dan Instagram untuk lebih info lanjut.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY
"Odyssey" menampilkan material poli karbonat ringan dengan corak 3D Intreccio, teknik anyaman ikonik yang mendefinisikan identiti Bottega Veneta.
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT
Bersempena Hari Bapa 2024, Mangala Estate Boutique Resort di Kuantan, Pahang mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang menenangkan.
TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.