12 TAMAN TEMA AIR TERBAIK HARUS ANDA SEKELUARGA KUNJUNGI
5. ESCAPE WATER THEME PARK
Terletak di Teluk Bahang, Penang bersebelahan dengan Escape Adventure Park, Escape Water Theme Park adalah taman tema air yang menawarkan aktiviti dan permainan yang menyeronokkan buat anda sekeluarga. Ia adalah tarikan terbaru di Penang.
Waktu Operasi: Taman tema ini dibuka pada hari Selasa sehingga Ahad pada jam 10 pagi sehingga 6 petang dan ditutup pada setiap hari Isnin.
Harga Tiket: Harga tiket kemasukan ke taman tema ini berbeza mengikut tempahan. Jika anda tidak membuat sebarang tempahan, harga tiket untuk dewasa (13 tahun sehingga 60 tahun) adalah RM136. Bagi kanak-kanak ( empat tahun hingga 12 tahun) dan warga emas (61 tahun ke atas) adalah RM90. Kemasukan bayi berusia kosong bulan sehingga tiga tahun adalah percuma. Harga tiket akan menjadi semakin murah jika anda membuat tempahan lebih awal.
Kemudahan: Jika anda inginkan kelainan, anda boleh bermalam di kawasan perkhemahan Base Camp, Escape Adventure Park yang terletak bersebelahan taman tema ini. Anda boleh melakukan aktiviti waktu malam seperti BBQ dan banyak lagi. Kawasan perkhemahan ini tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik namun anda tidak perlu khuatir kerana anda boleh mengecas telefon anda di lobi.
Layari Escape Theme Water Park atau sosial media Facebook untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BEG TROLI MEWAH PERTAMA BOTTEGA VENETA, ODYSSEY
"Odyssey" menampilkan material poli karbonat ringan dengan corak 3D Intreccio, teknik anyaman ikonik yang mendefinisikan identiti Bottega Veneta.
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT
Bersempena Hari Bapa 2024, Mangala Estate Boutique Resort di Kuantan, Pahang mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang menenangkan.
TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.