5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Industri hiburan Malaysia kian rancak dengan kemunculan bakat muda yang semakin mendapat perhatian. Tahun 2025 sahaja, kita dilambak dengan pelakon dan penyanyi, malah influencer baharu yang menyerlah. Ada juga diantara mereka yang berjaya memiliki pengaruh tersendiri. Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.
Zarif Ghazzi

Zarif Ghazzi ialah pelakon baharu yang mula mencuri perhatian melalui lakonan dalam drama Satu Dua… Dia? dan Seribu Tahun. Kekuatan lakonannya terletak pada ekspresi emosinya yang meyakinkan serta aura layar yang kuat. Dengan momentum awal yang baik, Zarif berpotensi besar menjadi antara muka paling dominan dalam drama tempatan menjelang 2026. Zarif berjaya membuktikan keberadaannya dalam bidang seni bertambah kukuh apabila meraih kemenangan di ABPBH 37 untuk kategori Artis Baharu Lelaki Popular.
Jazmy Juma
Jazmy Juma semakin dikenali sebagai pelakon muda yang berbakat besar. Pembawaannya yang semula jadi serta kesediaannya mencuba pelbagai watak lakon menjadikan Jazmy antara nama teratas dalam senarai pelakon baharu yang bakal memegang watak utama drama rantaian akan datang. Jazmy selayaknya dikatakan sebagai hero pelapis masa akan datang dan mempunyai potensi cerah dalam industri lakonan. Terbukti, gandingannya dengan Scha Elinnea menerusi drama Nuh dan Nayla berjaya menonjolkan namanya di mata peminat. Namanya juga menjadi perhatian apabila berlakon dalam drama Hilang Dalam Rindu.
ALPHA
Kumpulan ALPHA menampilkan tujuh ahli terus meningkat naik dengan muzik pop moden dan imej yang segar. Dianggotai oleh Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol, ALPHA ditubuhkan menerusi rancangan program realiti Big Stage Alpha.
Persembahan bertenaga mereka berjaya menarik demografi peminat yang luas, terutamanya di media sosial. Dengan momentum yang kukuh, 2026 dijangka menjadi tahun penting buat mereka melancarkan projek-projek dan kolaborasi besar. Terbaharu, ALPHA baru sahaja pulang dari Korea untuk menyertai sesi latihan dan merakam lagu terbaharu. Pada 2025 sahaja, ALPHA telah melancarkan tiga single utama, seperti Mona Lisa (Bang Bang), P Ramlee Saloma dan Bujang. Lagu P Ramlee Saloma telah berjaya mengumpul lebih daripada 22 juta capaian digital pada sepanjang 2025. Satu kejayaan yang besar buat ALPHA.
Shahidan Abdullah
Shahidan Abdullah mempamerkan potensi besar sebagai pelakon muda dengan gaya lakonan yang jujur dan penuh emosi. Dia semakin menjadi pilihan penerbit untuk projek berskala lebih besar. Shahidan juga sedang memperluas portfolionya dalam dunia seni. Tahun 2025 merupakan tahun yang sibuk buatnya kerana sibuk menjalani promosi untuk filem The Fox King (bersama Dian Sastrowardoyo) juga Abah Saya Uncle Mike yang mendapat ulasan sangat baik. Namanya antara yang paling dijangka melonjak pada 2026.
Hakimi Noordin
Bermula sebagai model, Hakimi Noordin kini berkembang sebagai pelakon dan inspirasi gaya hidup sihat. Popularitinya meningkat hasil personaliti profesional, fizikal atletik dan minat mendalam terhadap kecergasan. Penyertaannya dalam acara global seperti HYROX menjadikan Hakimi simbol lelaki moden yang aktif, disiplin dan berpengaruh. Sekali gus membuka lebih banyak peluang lakonan dan kempen komersial pada 2026.
Artikel berkaitan: THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI
GLAM Lelaki menampilkan Mierul, Sky, Salman, Fazziq dan Ismail Izzani sebagai The Hypemakers buat wajah hadapan November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Sky Iskandar antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
JAY ISKANDAR TERINGIN CUBA BERLAKON WATAK ‘LOVERBOY’
Wajahnya menghiasi drama-drama tempatan sebagai 'muka baharu', Jay Iskandar ialah salah seorang pelakon baharu yang menjadi perhatian ramai.
5 PENYANYI LELAKI BAHARU YANG PATUT DIBERI PERHATIAN
Industri muzik Malaysia kini sedang menyaksikan perkembangan generasi baharu penyanyi lelaki berbakat. Berikut penyanyi baharu mesti tahu.
KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI
Sejak awal pembabitan Kamal Adli lebih sedekad lalu, dia antara pelakon yang telah mencipta pelbagai momen dalam industri hiburan Malaysia.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS
GLAM Lelaki bawakan pelakon hebat dalam dunia perfileman, Amir Nafis sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.











