5 DRAMA HEBAT LAKONAN SYAFIQ KYLE SELAIN GADIS MASA
Pelakon versatil, Syafiq Kyle membuka tirai kerjayanya pada 2025 dengan drama terbaru terbitan Viu berjudul Gadis Masa.
Siri yang menyaksikan gandingan mantap Syafiq dan Mira Filzah ini berkisar tentang Maya yang menggunakan payung magis untuk kembali ke masa lalu bagi menyelamatkan perkahwinannya. Bagaimanapun takdir mempunyai kejutan tersendiri.
Walaupun baru saja ditayangkan, ia telah pun berjaya memikat hati penonton dengan jalan cerita menarik dan mutu lakonan yang cemerlang. Tahun ini juga aktor berusia 33 tahun itu akan muncul dalam siri menarik yang ditunggu-tunggu peminat, One Cent Thief Musim 2.
Lihat beberapa drama terbaik Syafiq Kyle menurut IMDb
5. One Cent Thief (2022)

Skor IMDb: 7.3
Turut dibintangi oleh: Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Fabian Loo, Sofia Jane, Amerul Affendi, Aghonderan Sahadevan
Sinopsis: Iman Shah, seorang pekerja di Bintang Bank terdesak mahu membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang bapanya kepada ceti haram.
Dengan kepintarannya, dia menggodam sistem keselamatan Bintang Bank dan mencuri satu sen daripada setiap akaun pelanggan sehingga berjaya mendapatkan sejumlah wang yang besar.
4. Nur (2018)

Skor IMDb: 8.1
Turut dibintangi oleh: Amyra Rosli, Riena Diana, Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani
Sinopsis: Seorang pelacur bernama Nur tekad untuk keluar daripada kehidupan serongnya. Pertemuan dengan Ustaz Adam memberi sinar buat Nur.
Namun dalam mencari redha ilahi dan cinta sejati manusia, dia bergelut dengan penerimaan masyarakat lebih-lebih lagi keluarga Adam yang sangat dihormati.
3. Cinta Buat Dara (2022)

Skor IMDb: 8.5
Turut dibintangi oleh: Riena Diana, Rozita Che Wan, Afifah Nasir, Sean Lee, Angelina Tan, Shah Rezza
Sinopsis: Dara yang kasar dan selalu menimbulkan masalah kepada ibunya dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis sopan oleh Kak Ros, makciknya yang juga bekas juara Ratu Kebaya. Di situ dia bertemu Hariz, seorang peminat muzik yang mempunyai ego tinggi.
2. Seribu Nina (2022)

Skor IMDb: 8.5
Turut dibintangi oleh: Adriana Adnan, Marsha Milan, Adlin Aman Ramlie, Fahmy Reza, Nadia Aqilah, Chelsie Ng
Sinopsis: Amar dan Nina mempunyai personaliti yang amat berbeza. Amar seorang pensyarah muda yang teliti dan skema manakala kekasihnya pula bersikap spontan. Ketika Nina melamar Amar, satu peristiwa tidak dijangka berlaku.
Nina yang menyembunyikan identiti sebenarnya telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Dek kerana itu Amar memulakan pengembaraan merentas seribu dimensi untuk mencari cinta hatinya.
1. Terlanjur Cinta (2024)

Skor IMDb: 8.5
Turut dibintangi oleh: Puteri Balqis, Khir Rahman, Syafie Naswip, Umie Aida, Syafi Tee
Sinopsis: Demi menyelamatkan abangnya yang merupakan seorang penagih dadah, Aishah mengenepikan rasa cinta terhadap Amir dan menerima lamaran seorang duda tua bernama Pak Majid.
Walaupun berbeza umur, sikap Pak Majid yang berbudi bahasa membuatkan Aishah jatuh cinta. Namun harapannya untuk bahagia berkecai apabila suaminya pulang dari kerja luar bersama isteri kedua.
Sementara itu Amir yang menunggu Aisyah mula berteka-teki adakah dia masih berpeluang untuk memberikan kebahagiaan kepada Aisyah.
Foto: Arkib GL
Pautan berkaitan: 8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
5 PASANGAN ADIK-BERADIK SELEBRITI ANDA MESTI KENALI SEPERTI SYED SADDIQ DAN SYED ABDULLAH
Ada pasangan adik-beradik selebriti yang mungkin mengejutkan anda. Bakat dan rupa yang setanding menjadikan mereka digelar 'Power Siblings'.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN SYAFIQ KYLE
Pelakon, penerbit, bakalan pengarah dan kini bergelar suami, Syafiq Kyle, yang menghiasi muka depan GLAM Lelaki, berkongsi kisah perjalanan kerjayanya yang penuh cabaran dan kejayaan.
SHARNAAZ AHMAD BURU SYAFIQ KYLE
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menggegarkan industri perfileman Malaysia dengan filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga











