5 DRAMA SHUKRI YAHAYA YANG HEBAT DAN PATUT TONTON SEKARANG
Pelakon yang cukup terkenal di Malaysia, Shukri Yahaya sekali lagi mengejutkan orang ramai dengan lakonannya yang tidak terhingga. Ini lima buah drama Shukri Yahaya yang sepatutnya ditonton.
Shukri Yahaya baru-baru ini menerima pujian ramai dengan lakonannya di dalam filem Blood Brothers: Bara Naga. Sejak memulakan kariernya pada tahun 2011 dengan filem Jiwa Taiko, wajah pelakon ini lebih mesra dilihat di dalam drama. Shukri telah menjadi watak utama di dalam beberapa drama melayu ikonik, yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. lakonannya yang mantap dan tidak pernah mengecewakan menjadikannya salah seorang pelakon Malaysia yang cukup versatil dan disukai ramai. GLAM Lelaki akan senaraikan 5 cerita Shukri Yahaya yang patut ditontoni.
#1 Drama Shukri Yahaya: 7 Hari Mencintaiku (2016-2022)
7 Hari Mencintaiku merupakan sebuah drama televisyen romantik Malaysia yang dicipta oleh Siti Rosmizah Semail dan diarahkan oleh Jamal Khan. Menampilkan Siti Saleha bersama Shukri Yahaya, ia mengisahkan Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana yang sombong. Mereka dipaksa untuk berkahwin atas masalah yang berlaku di dalam keluarga mereka. Dengan 3 siri, ia juga menjadi kehangatan peminat-peminat drama Melayu di Malaysia.
#2 Andainya Takdir (2017)
Andainya Takdir ialah sebuah drama televisyen yang menampilkan Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis bersama sebagai pelakon utama. Diilhamkan daripada kisah sebenar, mengisahkan seorang suami yang kerap bertindak kasar terhadap isterinya akibat perasaan cemburu dan pengaruh hasutan pihak lain. Watak suami dayus mula dibawa oleh pelakon ini sejak drama ini kerana wataknya yang mendera isterinya sendiri.
#3 Drama Shukri Yahaya: Rindu Awak Separuh Nyawa (2021)
Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan sebuah drama televisyen yang diarahkan oleh Along Kamaludin. Ia menampilkan Uqasha Senrose, Shukri Yahaya dan Marsha Milan sebagai pelakon utama. Mengisahkan Nazril (Shukri) yang membuka hatinya untuk mengambil Maisara (Uqasha Senrose) sebagai isterinya setelah kejadian yang tidak dijangka berlaku. Walaupun Maisara mempunyai niat buruk disebalik perkahwinan itu, konflik dan kasih sayang di dalam drama ini sangat tidak dijangka.
#4 Andai Itu Takdirnya (2023)
Andai Itu Takdirnya ialah sebuah drama televisyen arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Aleya (Hannah Delisha) ialah gadis dari keluarga sederhana. Syed Aizril (Shukri) pula lelaki kaya yang sombong dan digilai ramai kerana ketampanannya. Satu insiden mengejutkan menyatukan mereka apabila Faizal memerangkap mereka hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril menuduh Aleya sengaja menjebaknya demi mengejar kemewahan. Andai Itu Takdirnya merupakan salah satu cerita lakonan Shukri Yahaya yang meraih banyak cacian atas lakonan hebatnya memegang watak suami dayus.
#5 Drama Shukri Yahaya: Curang Tanpa Niat (2025)
Curang Tanpa Niat ialah sebuah drama televisyen arahan Eyra Rahman, menampilkan Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah. Ia mengisahkan Elina (Mira Filzah), seorang isteri yang berdepan dengan penderitaan akibat kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri), yang semakin ketara. Di mata orang ramai, Eshaal kelihatan seperti suami yang baik. Namun di pejabat, dia terlibat dalam hubungan sulit dengan rakan sekerja yang lebih berumur daripadanya. Selepas Andai Itu Takdirnya, Shukri Yahaya juga dicaci teruk di dalam drama ini, atas lakonannya yang tiada tandingan.
Pautan Berkaitan: 5 FILEM LAKONAN HEBAT SHARNAAZ AHMAD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DATUK ADI PUTRA PUNCA AIR MATA AMYRA ROSLI MENITIS
Datuk Adi Putra, namanya menjadi sebutan apabila memegang watak antagonis yang bisa membuat aktres Amyra Rosli tersiksa.
SHARNAAZ AHMAD BURU SYAFIQ KYLE
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menggegarkan industri perfileman Malaysia dengan filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI
Sempena Hari Bapa, GL senaraikan barisan artis lelaki Malaysia yang layak digelar hot daddy!
“DIA SUKA MEMENDAMKAN MASALAH DIRINYA, SAMA SEPERTI SAYA.” – FATTAH AMIN
Fattah Amin membintangi siri baharu berjudul GANJIL bersama Diana Danielle dan Izzue Islam yang bakal ditayangkan melalui laman penstirman, Viu bermula 30 September 2021.
AMAR BAHARIN JADI HERO DALAM DRAMA ADAPTASI MIS TRES HERMANAS
Dia memegang watak utama sebagai Zuhri Elyas, seorang kaki perempuan.
SHUKRI YAHAYA-AKTOR TV PALING PROLIFIK ERA INI
Setiap drama TV yang dibintangi Shukri Yahaya, pastinya meraih jumlah tontonan yang tinggi. Masakan tidak, pelakon berbakat besar ini antara aktor TV paling prolifik era ini.