5 DRAMA POPULAR TIZ ZAQYAH YANG TAK LAPUK DEK ZAMAN
Sejak kemunculannya dalam dunia lakonan lebih sedekad lalu, Tiz Zaqyah kekal antara pelakon wanita yang mempunyai aura tersendiri. Dikenali dengan bakat semula jadi, ekspresi wajah yang kuat dan kemampuan menimbulkan emosi dengan penuh penghayatan. Tiz bukan sekadar pelakon tapi dia adalah storyteller yang mampu membuat penonton merasai setiap babak yang dilakonkan.
Daripada kisah cinta penuh konflik hingga drama beremosi tinggi, berikut ialah lima drama popular lakonan Tiz Zaqyah yang meninggalkan kesan mendalam di hati penonton.
#1 Nur Kasih (2009)
Nur Kasih bukan sekadar drama, tetapi satu fenomena dalam sejarah televisyen Malaysia. Drama arahan Kabir Bhatia dan Faisal Ishak. Nur Kasih merupakan antara siri paling cemerlang dengan catatan tontonan purata sekitar empat juta penonton yang menandakan impaknya kepada khalayak. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Sharifah Sofia, Dato’ Jalaluddin Hassan, Liza Othman, dan Ummi Nazeera, drama ini mengangkat kisah cinta, keimanan dan pengorbanan yang penuh makna. Sebagai Nur Amina, Tiz mempamerkan lakonan berjiwa dan sarat emosi, menjadikan watak itu antara yang paling diingati dalam kariernya. Kejayaan besar drama ini turut diteruskan di layar perak menerusi Nur Kasih The Movie (2011), yang menyambung kisah “lapan tahun kemudian”. Mengukuhkan lagi legasi kisah cinta dan spiritual yang tak lekang dek masa.
#2 Tahajjud Cinta (2011)
Dalam Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima, Tiz Zaqyah menjiwai watak Emelda, kakak kepada Citra Maisarah (Fazura) yang berdepan konflik rumah tangga dan kehilangan kekuatan diri. Drama ini turut dibintangi Fouziah Gous sebagai Seri. Lakonan Tiz dalam Tahajjud Cinta menyerlahkan kedewasaan dan penghayatan emosinya. Tenang namun penuh dengan lapisan perasaan. Ia menandakan fasa penting dalam kariernya sebagai pelakon. Tiz Zaqyah yang bukan sahaja versatil, tetapi juga berani mendalami watak yang sarat dengan nilai spiritual dan konflik. Lakonan Tiz menyerlahkan sisi matang dan emosinya, menjadikan Tahajjud Cinta antara karya paling berjiwa dalam perjalanan kariernya. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon lelaki berkarisma seperti Remy Ishak dan juga Eman Manan.

#3 Spa Qistina (2010)
Meneruskan legasi drama popular Spa Q dan Spa Q 2, Spa Qistina menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nanu Baharuddin, Fasha Sandha, Tiz Zaqyah dan Farahdhiya. Disiarkan di Astro Box Office pada tahun 2010. Drama ini mengangkat dunia glamor dan konflik di sebalik industri spa eksklusif wanita. Menariknya, lagu pembukaan bertajuk “Pada Cintanya” nyanyian Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza menambahkan lagi sentuhan elegan dan emosi pada naskhah ini.
#4 Kusinero Cinta (2016)
Dalam drama romantik arahan Mohd Feroz Abd Kader ini, Tiz Zaqyah bergandingan dengan Aaron Aziz dan Jericho Rosales, menjadikan Kusinero Cinta antara kolaborasi serantau paling menarik. Tiz memegang watak Maria, seorang wanita yang terperangkap dalam dilema cinta dan tanggungjawab di dunia kulinari yang penuh warna. Diiringi lagu tema “Takdir Cinta” nyanyian Awi Rafael. Drama terbitan Global Station ini menyerlahkan sisi moden dan lembut Tiz sekali gus memperlihatkan versatilitinya dalam menghidupkan watak wanita kontemporari dengan gaya dan keanggunan tersendiri.
#5 Dejavu di Kinabalu (2012)
Dalam siri romantik penuh misteri ini, Tiz Zaqyah membawakan watak Dalilah Nadira. Seorang wanita yang baru sahaja menjalani pemindahan jantung dan tanpa sedar memikul sifat pemilik asalnya . Satu pengalaman deja vu yang menghubungkan jiwanya dengan Ammar (Aqasha), lelaki yang masih tidak dapat melupakan kekasih lamanya. Turut membintangi ialah Nazim Othman sebagai Bazli Aiman dan Aishah Ilias sebagai Inara. Dipenuhi lokasi indah seperti Kota Kinabalu dan latar alam semula jadi Sabah, siri 28 episod ini bukan sekadar kisah cinta, ia tentang pengambilan masa, kehilangan, dan kepercayaan terhadap takdir yang menulis semula jalan hidup.

Dalam dunia hiburan yang sering berubah, Tiz Zaqyah kekal sebagai nama yang dihormati kerana kualiti lakonannya. Setiap watak yang dibawanya bukan sekadar peranan tetapi ia adalah perjalanan emosi, refleksi kehidupan, dan bukti bahawa pelakon wanita ini tidak pernah berhenti berkembang.
Artikel Berkaitan: RANGGA & CINTA: KLASIK IKONIK DENGAN WAJAH BAHARU
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA
Anugerah Grammy 2026 sekali lagi membuktikan status mereka sebagai pentas paling berprestij dalam industri muzik global di acara mereka.
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Di sebalik jadual padat SHINee, Minho sempat menyertai HYROX Osaka 2026 sebelum tampil di pentas SMTOWN LIVE Fukuoka.
TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA
GLAM Lelaki menemu bual pengasas GIMME iaitu Andrew Putra. Bertanya tentang visi dan latar belakang Andrew sendiri.
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA
BONIA Pavilion Kuala Lumpur raikan kehadiran duta jenama, Joong Archen dalam pelancaran concept store penuh gaya dan seni pertukangan.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.











