Skip to content

5 FILEM KOMEDI ROMANTIK TERBAIK DARI TAHUN 2000-AN

5 FILEM KOMEDI ROMANTIK TERBAIK DARI TAHUN 2000-AN

Kongsikan artikel ini

Tahun 2000 menyajikan kita dengan pelbagai genre filem hebat di pawagam. Antara yang paling mencuri perhatian tentunya filem komedi romantik.

Sama seperti genre klasik di luar sana, barisan filem ini menampilkan kisah mencuit hati, pertemuan romantis yang klise, dan percintaan yang menyentuh emosi. Ia pastinya akan membuat anda tertawa, menangis dan tersenyum sendirian.

Sediakan popcorn dan layan naskah komedi romantik yang GL cadangkan ini

 

5. 13 Going on 30 (2004)

Skor Rotten Tomatoes: 65%

Sinopsis: Selepas meluahkan harapan untuk menjadi ‘wanita berusia 30 tahun yang menggoda dan berjaya’ pada ulang tahun kelahiran ke-13, Jenna Rink (Jennifer Garner) mendapati impiannya menjadi nyata secara tiba-tiba. Bagaimanapun kehidupannya tidak lagi sama kerana dia tidak lagi berhubung dengan rakan zaman kanak-kanaknya, Matt (Mark Ruffalo).

Ulasan pengkritik: “Filem yang sangat comel, bertenaga dan pintar,” – Mark Collette, Tyler Morning Telegraph.

 

4. Hitch (2005)

Skor Rotten Tomatoes: 68%

Sinopsis: Jurulatih janji temu, Alex ‘Hitch Hitchens (Will Smith) merupakan pakar dalam dunia percintaan sehinggalah dia bertemu wartawan Sara Melas (Eva Mendes) yang membuatkan dia melihat hubungan romantis dari sudut berbeza.

Ulasan pengkritik: “Ia lebih bijak daripada filem komedi romantik biasa dan mempamerkan beberapa momen menyedihkan yang tulen pada penghujung cerita,” – Lisa Rose, Newark Star-Ledger

 

3. Definitely, Maybe (2008)

Skor Rotten Tomatoes: 71%

Sinopsis: Seorang warga New York, Will Hayes (Ryan Reynolds) yang sedang melalui perceraian ditanya oleh anaknya (Abigail Breslin) tentang kehidupannya sebelum berkahwin. Will mengimbas semula tiga cinta agung yang memberi kesan besar dalam hidupnya.

Ulasan pengkritik: “Definitely, Maybe bukan sekadar mengenai kisah pertemuan comel. Ia turut memaparkan detik janggal, harapan yang menakutkan, ketenangan dalam kesedihan, perbincangan sukar, perpisahan jelek dan perdamaian yang sukar dicapai,” – James Rocchi, Cinematical

 

2. Bridget Jones’s Diary (2001)

Skor Rotten Tomatoes: 79%

Sinopsis: Bridget Jones (Renée Zellweger) yang berusia 32 tahun menulis beberapa azam tahun baru dalam diarinya. Dia kemudiannya menyedari cinta mampu mengubah apa saja termasuk pelan yang sudah dirancang sempurna.

Ulasan pengkritik: “Pesona Renée Zellweger sebagai bintang Bridget Jones’s Diary amat luar biasa,” – Paul Clinton, CNN.com

 

1. Forgetting Sarah Marshall (2008)

Skor Rotten Tomatoes: 84%

Sinopsis: Selepas komposer muzik Peter Bretter (Jason Segel) ditinggalkan kekasihnya Sarah Marshall (Kristen Bell), dia terbang ke Hawaii untuk menyembuhkan luka di hati. Malangnya di situ dia bertemu Sarah bersama teman lelaki barunya (Russell Brand).

Ulasan pengkritik: “Forgetting Sarah Marshall adalah filem komedi dewasa yang jarang ditemui, penuh dengan jiwa,” – Michael A. Smith, Nolan’s Pop Culture

 

Pautan berkaitan: FILEM TERCOROT LAKONAN LIMA AKTOR POPULAR