Skip to content

5 PERKARA MENARIK TENTANG PARK HYATT KUALA LUMPUR

5 PERKARA MENARIK TENTANG PARK HYATT KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Di tengah sibuknya kota Kuala Lumpur, hadir sebuah destinasi yang mengangkat semula definisi kemewahan kota, Park Hyatt Kuala Lumpur.

Terletak di lokasi paling berprestij di negara ini, hotel ini bukan sekadar tempat bermalam. Tetapi, sebuah karya seni yang hidup, direka untuk tetamu yang menghargai ketenangan, kehalusan estetika dan layanan peribadi bertaraf dunia. Dari saat melangkah masuk ke lobi, tetamu disambut oleh suasana yang memadukan keanggunan kontemporari dengan sentuhan seni yang halu. Sebuah pengalaman visual yang menggambarkan identiti Park Hyatt sebagai jenama yang meraikan kesederhanaan, kemewahan dan ketelitian dalam setiap perincian. Setiap ruang direka untuk menyentuh emosi. Dari pencahayaan lembut, tekstur premium, hinggalah pemandangan panorama Menara Berkembar Petronas yang seakan-akan dilukis khusus untuk setiap jendela.

PARK HYATT KUALA LUMPUR

Lebih daripada sebuah hotel, Park Hyatt Kuala Lumpur ialah tempat di mana masa bergerak lebih perlahan. Di mana tetamu diundang untuk menikmati setiap detik dengan tenang dan penuh keselesaan. Ia adalah destinasi pilihan mereka yang bukan sahaja mencari rehat, tetapi juga pengalaman yang penuh karakter, personaliti dan naratif. Dalam artikel ini, GLAM Lelaki rangkumkan 5 perkara menarik yang menjadikan Park Hyatt Kuala Lumpur sebuah permata baharu dalam dunia hospitaliti mewah. Dan mungkin destinasi ini bakal menjadi pilihan anda buat musim percutian kali ini.

#1 Lokasi Ikonik di Merdeka 118

Park Hyatt Kuala Lumpur kini berdiri sebagai lambang kemewahan di ibu kota, menduduki tingkat atas (75 hingga 114) di menara pencakar langit ikonik, Merdeka 118. Sebagai bangunan tertinggi di Asia Pasifik dan kedua tertinggi di dunia, kedudukannya secara automatik menawarkan pemandangan panorama kota Kuala Lumpur yang tiada tandingan, menjadikannya destinasi impian bagi pengembara mewah.

#2 Pemandangan Bandar yang Menakjubkan dari Setiap Bilik

Hotel ini menawarkan 252 bilik dan suite yang mewah, di mana ciri utamanya adalah tingkap dari lantai ke siling di setiap unit. Ini menjamin setiap tetamu dapat menikmati pemandangan bandar yang luas, termasuk Menara Berkembar Petronas dan Menara KL, dari bilik mereka. Reka bentuk dalamannya pula menggabungkan gaya kontemporari dengan sentuhan warisan Malaysia, seperti motif batik, mewujudkan suasana mewah yang bersahaja.

PARK HYATT KUALA LUMPUR

#3 Kemudahan Kesihatan di Awan (Tingkat 99)

Pengalaman kesejahteraan di Park Hyatt turut terletak di awan. Di Tingkat 99, tetamu boleh memanfaatkan kemudahan kesihatan termasuk The Spa dan pusat kecergasan 24 jam. Sorotan utama kemudahan ini ialah kolam renang infiniti dalam bangunan sepanjang 30 meter dengan pemandangan bandar yang menakjubkan, serta ‘Himalayan Salt Alcove’ yang unik.

PARK HYATT KUALA LUMPUR

#4 Destinasi Kulinari Bertaraf Dunia

Dari segi kulinari, hotel ini merupakan destinasi gastronomi bertaraf dunia. Terletak di Tingkat 75, pilihan tempat makan termasuk Merdeka Grill, restoran premium grill yang menawarkan santapan dengan latar langit Kuala Lumpur; Park Lounge, tempat santai yang popular untuk afternoon tea dan masakan Asia/Barat; dan Cacao Mixology & Chocolate, sebuah bar yang kreatif menyajikan koktel bertema coklat.

#5 Gabungan Warisan Malaysia dan Kemewahan Moden

Akhirnya, daya tarikan Park Hyatt terletak pada gabungan warisan Malaysia dan kemewahan moden. Reka bentuk dalaman oleh G.A Group diinspirasikan daripada seni bina rumah kampung tradisional Melayu, diterjemahkan melalui penggunaan bahan semula jadi dan corak loyang berlubang. Ini mewujudkan suasana kemewahan yang intim dan selesa meskipun berada di lokasi yang begitu tinggi dan skala yang besar.

Pautan berkaitan: TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CARI KETENANGAN EKSKLUSIF DALAM PERCUTIAN JARAK DEKAT DI MALAYSIA

CARI KETENANGAN EKSKLUSIF DALAM PERCUTIAN JARAK DEKAT DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut