Skip to content

5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA

Kongsikan artikel ini

Menunggu azan Maghrib berkumandang kadangkala terasa panjang.  Lebih-lebih lagi bila perut mula berkeroncong dan masa seolah-olah bergerak perlahan. Daripada sekadar ‘scroll’  media sosial tanpa arah, apa kata isi waktu berbuka dengan podcast yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi perspektif baharu dan cerita yang dekat dengan kehidupan seharian.

Daripada bual santai selebriti, perbincangan isu semasa, hingga kisah seram yang mendebarkan, ini lima pilihan podcast tempatan yang boleh menemani petang Ramadan anda.

#1 Kita-Kita Aje! Podcast 

Dikemudi oleh figura legenda industri hiburan tanah air, Datuk Aznil bin Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Paknil. Podcast Kita-Kita Aje! mengetengahkan perbualan jujur dan terbuka tentang keibubapaan, dinamik keluarga serta cabaran kehidupan moden. Topik-topik ini jarang dibicarakan secara mendalam di ruang awam. Setiap episod membawa kisah peribadi yang tulus dan ‘relatable’. Termasuk perkongsian selebriti tempatan seperti Aedy Ashraf dan Hawa Rizwana yang menceritakan perjalanan hidup serta liku perjuangan mereka. Antara momen paling menyentuh adalah apabila Aedy Ashraf berkongsi pengalaman membesar tanpa figura ayah yang dipenjarakan. Cabaran yang dihadapinya sejak kecil, serta bagaimana doa seorang ibu menjadi kekuatan untuknya bangkit dan membina kehidupan yang lebih baik. Gaya Paknil yang petah dan karismatik menjadikan setiap episod bukan sekadar temu bual, tetapi sesi perkongsian yang menyentuh nilai kemanusiaan, disiplin dan perjalanan kerjaya. Jika anda mencari inspirasi menjelang waktu berbuka, ini pilihan yang tepat.

#2 Studio Sembang 

Dihoskan oleh pelakon dan personaliti televisyen versatil Amelia Henderson. Studio Sembang merupakan antara podcast tempatan paling popular sejak dilancarkan pada Oktober 2022. Dikenali dengan gaya temu bual dwibahasa  yang lancar dan engaging. Amelia membawakan perbualan panjang berbentuk santai tetapi mendalam bersama selebriti, usahawan dan figura awam. Formatnya yang long-form memberi ruang kepada tetamu berkongsi kisah peribadi, perjalanan kerjaya serta nasihat kehidupan secara lebih intim. Nada kandungannya fun dan relatable, namun tidak lari daripada perbincangan serius tentang cabaran dan kejayaan hidup.

Menariknya, menjelang 2026, Studio Sembang turut berkembang dengan kandungan short-form yang lebih pantas untuk memenuhi cita rasa “scroll generation”, tanpa mengabaikan episod panjang yang menjadi identitinya. Kejayaan podcast ini turut diiktiraf apabila ia dinobatkan sebagai Entertaining Podcast of the Year di Malaysia Top Achievers Awards 2023. Antara tetamu yang pernah menghiasi studio termasuk Diana Danielle, Zul Ariffin, Johan Ghazali, Syafiq Yusof, Siti Saleha, Sharifah Sakinah, Joe Flizzow dan Syed Saddiq. Menjadikan setiap episod kaya dengan perspektif dan cerita yang pelbagai.

#3 Keluar Sekejap 

Bagi yang gemarkan perbincangan isu semasa dan politik dengan pendekatan santai tetapi tajam, Keluar Sekejap ialah antara podcast paling berpengaruh masa kini. Dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, ia mengupas topik ekonomi, dasar awam dan perkembangan semasa dengan bahasa yang mudah difahami. Sambil menunggu waktu berbuka, pendengar bukan sahaja terhibur, malah lebih peka terhadap lanskap negara.

#4 TTYL (Talk To You Later) 

Dibawakan oleh trio hos yang serasi Nell Hanan, Zul Zamir dan Sarancak.  TTYL menawarkan perbualan yang relatable buat generasi muda. Topik perbincangan TTYL yang candid dan penuh anekdot peribadi, menjadikannya dekat dengan pendengar. Khususnya generasi muda. Daripada isu budaya Gen Z, kesihatan mental hingga pandangan tentang industri kreatif. Setiap episod membawa perspektif yang jujur dan relevan dengan realiti semasa. Nada yang santai dan bersahaja menjadikan podcast ini sesuai untuk didengar sambil menyediakan juadah berbuka atau ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya Ramadan.

#5 Malam Seram 

Jika anda mahukan sedikit debaran ataupun cerita-cerita mistik, Malam Seram ialah pilihan tepat. Dikendalikan oleh KC Champion, bekas penyampai radio yang terkenal dengan gaya santai. Podcast ini memaparkan kisah mistik dan pengalaman seram kiriman pendengar melalui e-mel atau voice note. topik nya lebih tertumpu kepada penceritaan naratif yang mendebarkan. Contohnya seperti kejadian misteri di hotel, lokasi percutian atau rumah. Walaupun berdasarkan pengalaman pendengar, ia bersifat hiburan dan bukan cerita yang disahkan benar. Menjadikan Malam Seram ruang yang mengujakan untuk merasai detik seram sambil menunggu waktu berbuka. Ia malah menjadikan masa menunggu terasa lebih pantas berlalu.

Artikel Berkaitan: HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI LELAKI DI SEBALIK WANITA BERJAYA DI MALAYSIA

KENALI LELAKI DI SEBALIK WANITA BERJAYA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL

9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL

Bacaan Lanjut
duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut

MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI

Bacaan Lanjut

MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025

GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025

Bacaan Lanjut