Skip to content

5 RESEPI BERBUKA MUDAH KHAIRUL AMING UNTUK LELAKI ‘SINGLE’ CUBA

Kongsikan artikel ini

Nama Khairul Aming bukan lagi asing dalam dunia digital Malaysia. Dikenali dengan pendekatan resipi yang ringkas, visual yang kemas dan teknik memasak yang praktikal. Figura usahawan dan pencipta kandungan ini berjaya menjadikan dapur sesuatu yang tidak lagi menakutkan terutamanya buat lelaki bujang. Sejak mencuri perhatian di media sosial dengan video masakan yang mudah difahami, Khairul Aming membuktikan bahawa memasak tidak perlu rumit untuk menjadi sedap dan mengenyangkan.

Berikut lima resipi berbuka yang mudah, cepat dan realistik untuk dicuba oleh lelaki bujang. Resepi-resepi ini sesuai untuk meraka  yang baru berjinak di dapur dan mahukan sesuatu yang praktikal selepas seharian berpuasa.

#1 Ayam Pop

Antara menu terbaharu yang mencuri perhatian ialah Ayam Pop. Hidangan klasik ala-ala  dari kedai nasi padang yang diberi sentuhan praktikal ala Khairul Aming. Berbeza dengan ayam goreng biasa, Ayam Pop menampilkan tekstur lembut di bahagian dalam dengan lapisan luar yang ringan menjadikannya pilihan lebih ‘comforting’ untuk berbuka.

Tekniknya tidak terlalu rumit, namun memerlukan langkah asas seperti merebus ayam bersama 3 cawan air kelapa, serai, halia sebesar ibu jari dan juga lima ulas bawang putih yang sudah diketuk . Dipadankan dengan sambal pedas manis dan nasi panas. Hidangan ini membuktikan bahawa menu tradisional juga boleh disediakan secara ringkas tanpa mengorbankan rasa autentik.

Bagi lelaki bujang yang ingin mencuba sesuatu yang sedikit berbeza daripada menu goreng biasa, Ayam Pop adalah pilihan yang mudah untuk disiapkan di dapur rumah.

#2 Daging Blackpepper

Bagi yang mahukan menu lebih ‘berat’ ketika berbuka, daging blackpepper versi ringkas adalah pilihan ideal. Tekniknya tidak memerlukan perapan daging yang lama. Hanya tumisan bawang putih, sos tiram, lada hitam dan sedikit kicap sudah cukup menghasilkan rasa yang pekat dan menyelerakan. Sesuai untuk lelaki bujang yang mahukan sesuatu yang cepat tetapi tetap memuaskan.

#3 Sardin Telur Pecah

Antara menu paling praktikal dan ‘bujang-friendly’ yang sering mendapat perhatian ialah Sardin Telur Pecah. Menggunakan bahan asas yang hampir sentiasa ada di dapur. Sardin dalam tin dan juga telur. Hidangan ini membuktikan bahawa kreativiti tidak memerlukan bahan mahal atau teknik rumit.

Konsepnya ringkas: sardin ditumis bersama bawang dan cili untuk menaikkan aroma, sebelum telur dipecahkan terus ke dalam kuali dan dibiarkan separuh masak agar teksturnya lembut. Hasilnya ialah kombinasi rasa pedas, masin dan sedikit berlemak yang cukup menyelerakan apabila dimakan bersama nasi panas.

Menu ini mencerminkan pendekatan Khairul Aming yang praktikal. Masakan cepat, kos rendah, tetapi cukup untuk menu berbuka selepas seharian berpuasa. Untuk lelaki bujang yang mahukan sesuatu yang mudah tanpa perlu banyak persiapan, Sardin Telur Pecah adalah jawapan paling realistik.

#4 Roti Mantou & Kuah Buttermilk

Jika mahu sesuatu yang minimal tetapi tetap nampak ‘jadi’, Roti Mantou Cicah Kuah Buttermilk adalah pilihan paling praktikal. Menu ini tidak memerlukan teknik memasak yang kompleks. Mantou hanya perlu digoreng atau dipanaskan sehingga bahagian luar sedikit rangup, ‘golden brown’.

Kuah buttermilk pula disediakan secara ringkas menggunakan asas mentega, susu cair dan sedikit perencah untuk menaikkan rasa. Hasilnya ialah kuah berkrim yang lemak dan sedikit masin, sesuai dicicah bersama mantou panas. Konsepnya mudah: satu tekstur rangup, satu tekstur berkrim. Menu seperti ini cepat, mengenyangkan dan mesra dapur bujang. Ia sesuai dijadikan hidangan sampingan ketika berbuka atau sebagai menu santai untuk moreh.

#5 Puding Karamel

Antara resipi yang ‘viral’ dan sering disebut apabila bercakap tentang Khairul Aming ialah Puding Karamel versinya yang ringkas dan “menjadi”. Resepi ini sebenarnya tidak memerlukan bahan yang banyak. Hanya telur, susu dan gula sebagai asas, namun teknik yang betul menjadikannya lembut, tidak berongga dan seimbang rasa manisnya.

Apa yang menjadikan versi ini popular adalah cara penyampaiannya yang mudah difahami. Karamel yang cair dan sedikit pahit di bahagian atas melengkapi tekstur puding yang halus dan berkrim, menjadikannya penutup berbuka yang sangat menyelerakan.

Untuk lelaki bujang, ini mungkin kedengaran seperti menu ‘advanced’. Namun sebenarnya ia antara pencuci mulut paling asas. Tiada oven diperlukan, dan bahan-bahannya hampir sentiasa ada di dapur. Dalam konteks Ramadan, Puding Karamel menjadi simbol bahawa masakan buatan sendiri, walaupun sederhana ianya tetap mampu menghadirkan hubungan erat sekeluarga.

Untuk lelaki bujang yang masih ragu-ragu untuk mula memasak, mungkin inilah masa terbaik untuk mencuba.

Artikel Berkaitan: KENAPA REMBAYUNG SUDAH VIRAL SEBELUM DIBUKA; DAN APA YANG ISTIMEWA TENTANGNYA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENAPA REMBAYUNG SUDAH VIRAL SEBELUM DIBUKA; DAN APA YANG ISTIMEWA TENTANGNYA

Bacaan Lanjut

5 INFLUENCER MASAKAN YANG BERPENGARUH 2025

Bacaan Lanjut

ENGGAN KUTIP DERMA BANJIR DI KELANTAN, 5 PERKARA BUAT KHAIRUL AMING DIKAGUMI ANAK MUDA!

Bacaan Lanjut