5 SOALAN BERSAMA SAM HARGRAVE, PENGARAH FILEM ‘EXTRACTION 2’ [SPOILER ALERT]
Betapa jauhkah penglibatan Chris Hemsworth dalam pembangunan wataknya dan apakah nuansa yang anda kembangkan daripada perjalanan watak ini dalam filem pertama?

Cr. Jasin Boland/Netflix © 2023
Yang pertama, saya perlu akui bahawa Chris Hemsworth menerapkan sebahagian besar dirinya dalam watak ini dan tanpa dia, Tyler Rake tidak akan wujud. Pelbagai butiran dalam pengisahan ini adalah daripada dia. Kami menulis babak bersama-sama dengan Joe dan kerjasama kami bertiga begitu hebat sekali. Sebenarnya, Chris yang mengutarakan idea bahawa keluarga yang diselamatkan oleh Tyler Rake patut memiliki perkaitan dengan bekas isterinya, Mia. Ideanya begitu bijak. Disebabkan hal ini dekat dengan hatinya, pertaruhan menjadi lebih tinggi. Segalanya pula berkaitan dengan penerimaan rasa hiba dan menebus kesilapan lalu secara menyeluruh.
Pada penghujung filem pertama, Tytler Rake mengorbankan dirinya untuk seorang kanak-kanak. Sekurang-kurangnya, dia sangka dia berbuat demikian. Namun, selepas dihidupkan semula, dia mengalami krisis kewujudan. Filem ini cuba menjawab persoalan utama tersebut, “Mengapakah saya wujud?” Saya rasa Tyler menemukan jawapan dan ketenangan dengan mengetahui bahawa tujuannya adalah untuk membantu orang. Walau sesukar atau sedahsyat mana pun perjalanannya.
Baca lebih lanjut: 6 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘THE NIGHT AGENT’, GABRIEL BASSO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOP 10 FILEM DI NETFLIX PATUT TONTON BULAN INI
Barisan filem Netflix yang berada di dalam senarai top 10 bulan ini memberi pelbagai genre yang mampu memenuhi malam minggu anda.
LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI
The it boy, Jacob Elordi menyerlah di dalam filem terbarunya, Frankenstein yang kini ditayangkan di Netflix.
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
Filem dan siri baharu dari Netflix sentiasa menjadi penantian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengisi masa pada hujung minggu.
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
ANDY TEH HERO BARU FILEM AKSI MALAYSIA
Andy Teh semakin mencuri tumpuan di kalangan peminat filem aksi. Kenali evolusi bintang ini dalam dunia hiburan tempatan.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.











