5 SOALAN BERSAMA SAM HARGRAVE, PENGARAH FILEM ‘EXTRACTION 2’ [SPOILER ALERT]
Siapakah antara watak baharu yang akan kita kenali?
Mia Rake ialah watak penting dan apabila kami memilih pelakon untuk peranan itu, kami memerlukan seseorang dengan aura di layar perak dan kemahiran berlakon yang hebat untuk mendorongHemsworth dalam babak yang penuh emosi. Pilihan pertama kami ialah Olga Kurylenko dan kami begitu gembira kerana dia bersetuju! Dia boleh menarik perhatian tidak kira dia berlakon dengan sesiapa pun. Kami sangat teruja atas penyertaannya dalam barisan pelakon yang hebat.
Sementara itu, kami memanfaatkan Alcott, watak lakonan Idris Elba. Untuk meluaskan dunia ini dengan memperkenalkan watak yang berbeza sama sekali dengan Tyler Rake sebagai perbandingan. Tyler Rake lelaki yang senyap dan suka bertindak melulu tetapi juga mudah disukai. Kami mahu jadikan dia sebagai kontras kepada lelaki yang bertentangan dengannya. Alcott mengenakan kot tiga suku yang mewah dengan perilaku berpendidikan serta aura yang menunjukkan bahawa dia berkelas tinggi.
Dia juga ejen yang berbahaya tetapi dia lebih bergaya dan berkeyakinan daripada Tyler Rake. Dia mirip James Bond sedikit dan melagakan mereka berdua menghasilkan ketegangan yang menarik. Setelah kami tahu bahawa latar kisah ini di Georgia, kami terus mahu memilih barisan pelakon tempatan. Pengarah pemilihan pelakon kami menemukan pelakon Georgia yang amat menakjubkan untuk peranan Zurab, Davit, Ketevan dan dua anaknya, Sandro dan Nina. Ia dilakonkan oleh Tornike Gogrichiani, Tornike Dalakishvili, Tornike Bziava, Tinatin Dalakishvili, Andro Japaridze dan Mariami Kovziashvili.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
Filem dan siri baharu dari Netflix sentiasa menjadi penantian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengisi masa pada hujung minggu.
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
ANDY TEH HERO BARU FILEM AKSI MALAYSIA
Andy Teh semakin mencuri tumpuan di kalangan peminat filem aksi. Kenali evolusi bintang ini dalam dunia hiburan tempatan.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
5 SIRI & FILEM NETFLIX UNTUK ANDA TONTON FEBRUARI INI
Setiap siri dan filem yang ditawarkan oleh Netflix ini membawa keunikan tersendiri, daripada kisah inspirasi.
5 AKTOR POPULAR YANG PERNAH BERNIAT MENINGGALKAN INDUSTRI HOLLYWOOD
Beberapa pelakon Hollywood pernah meluahkan hasrat untuk meninggalkan dunia lakonan. Mujurlah mereka membuat keputusan tepat dan membatalkan niat itu!