Skip to content

5 TANDA PASANGAN ANDA SEORANG SELF-CENTERED

Kongsikan artikel ini

Self-centeredness agak berbeza daripada self-care kerana self-care melibatkan penjagaan keperluan anda dan mendahulukan diri anda sekali-sekala. Terutamanya jika anda menghadapi sesuatu yang tertekan. Self-centered bermaksud memikirkan tentang diri sendiri sahaja tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling.

5 TANDA PASANGAN ANDA SEORANG SELF-CENTERED

GLAM Lelaki membincangkan tanda-tanda seseorang itu terlalu self-centered dan mencadangkan beberapa punca yang boleh membantu anda memahami tingkah laku mereka. Kami juga membantu anda meneroka sama ada anda mungkin terlalu self-centered. 

1. MENGUASAI PERBUALAN

Self-Centered

Orang yang self-centered cenderung bercakap paling banyak dalam perbualan. Apabila anda bercakap dengan mereka, kebanyakkan perbualan hanya tertumpu pada kehidupan mereka, pencapaian mereka dan masalah mereka.

2. KURANG EMPATI

 Self-Centered

Berempati terhadap orang lain memerlukan seseorang untuk meletakkan diri mereka dalam kedudukan orang lain dan memahami perasaan mereka. Orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak dapat melihat sesuatu daripada perspektif orang lain untuk memahami mereka.

3. MENGAMBIL LEBIH DARIPADA MEMBERI

Self-Centered

Seorang yang self-centered sering mengambil lebih daripada yang mereka berikan. Hubungan anda dengan mereka boleh terasa berat sebelah kerana merasakan anda berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya, tanpa mendapat balasan.

4. SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN HARUS MENGIKUT CARA MEREKA

Mereka selalunya mahu sesuatu dilakukan mengikut cara mereka. Mereka mungkin mengalami kesukaran untuk berkompromi dan melakukan perkara mengikut cara orang lain.

5. CEPAT MENYALAHKAN ORANG LAIN DAN MENGELAK TANGGUNGJAWAB

Seorang yang self-centered mungkin tidak dapat menyedari bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang salah dan mungkin menyalahkan orang lain atas sebarang kesilapan.

ANTARA BEBERAPA PUNCA YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU SELF-CENTERED
  • DIDIKAN – Seseorang itu mungkin dibesarkan dengan cara yang mengajar mereka bahawa mereka tidak perlu mempertimbangkan orang lain.
  • REJECTION – Mementingkan diri sendiri juga boleh datang dari perasaan awal rejection. Orang itu mungkin tidak didengari atau diberi keutamaan semasa mereka masih muda dan oleh itu mungkin mempunyai keperluan yang kuat untuk merasa dilihat sebagai orang dewasa.
  • TRAUMA – Seseoranng itu mungkin pernah mengalami sesuatu yang traumatik. Pengalaman itu boleh mengajar mereka untuk tidak bergantung kepada orang lain dan untuk melihat keperluan mereka sendiri di atas segala-galanya.

 

Baca lebih lanjut: 9 PERKARA WANITA MATANG TIDAK LAKUKAN DALAM PERHUBUNGAN