7 DRAMA ASIA TENTANG CINTA BERBEZA USIA, WANITA LEBIH TUA
Dalam drama, cinta berbeza usia antara lelaki dan wanita dianggap sebagai penghalang besar untuk menjalin hubungan yang bahagia.
Berbeza usia dan terpisah oleh jarak yang besar sering dianggap penghalang dalam percintaan. Namun banyak drama Asia membuktikan bahawa cinta sejati mampu melangkaui batas tersebut. Kisah pasangan dengan wanita lebih tua dari lelaki bukan sahaja mencabar, tetapi juga penuh emosi, konflik, serta momen manis yang menggetarkan hati. Dari dilema keluarga hingga cabaran perbezaan gaya hidup, drama-drama ini memperlihatkan bahawa cinta tidak mengenal sempadan. Berikut adalah 7 drama Asia tentang cinta berbeza usia yang wajib anda tonton.
#1 Seadanya Kita (Malaysia)
Alani (Emma Maembong) merupakan seorang ibu tunggal yang berjuang membina kehidupan baharu bersama anaknya, Iqi (Mikael Noah). Alani juga ditinggalkan oleh bekas suaminya, Farouq (Shahz Jaszle) yang berkahwin bersama adik angkatnya, Neesa (Nelissa Nizam). Dalam kekalutan yang dilaluinya, Alani dipertemukan dengan Kerol (Mierul Aiman), seorang penyanyi rock muda yang diminati anaknya. Pada mulanya hubungan mereka terjalin atas dasar profesional, namun sedikit demi sedikit ia berubah menjadi lebih peribadi dan penuh makna. Tanpa disedari, Kerol mula menempati ruang istimewa dalam kehidupan Alani dan Iqi, menghadirkan kehangatan serta sinar harapan baharu buat keluarga kecil itu. Namun, selepas lima tahun berlalu, kehadiran semula Farouq yang ingin menuntut hak sebagai seorang ayah kembali mengusik luka lama dan menggugat ketenangan hidup yang telah Alani pertahankan.
#2 Something In The Rain (Korea Selatan)
Yun Jin A (Son Ye-jin), seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an, tidak pernah merasai sebuah hubungan yang berjaya. Setelah berkali-kali ditinggalkan kerana sikapnya yang kekok dan terburu-buru, hatinya hancur. Namun, kemunculan semula Seo Jun Hui (Jung Hae-in), adik kepada sahabat lamanya, mengubah segalanya. Kini tampil sebagai lelaki yang menarik dan penuh keyakinan, Jun Hui benar-benar mengejutkan Jin A. Perlahan-lahan, Jin A merasakan bahawa kali ini, dia mungkin akhirnya akan menemui cinta yang selama ini dicarinya.
#3 Encounter (Korea Selatan)
Cha Soo Hyun (Song Hye-kyo) ialah anak kepada seorang ahli politik yang hidup dalam keadaan di mana dia tidak mampu memilih jalannya sendiri. Selepas menamatkan pengajian di universiti, dia berkahwin dengan anak lelaki sebuah konglomerat kaya. Satu perkahwinan tanpa cinta yang hanya memberi keuntungan kepada ayahnya sebagai ahli politik. Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian. Hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan Kim Jin Hyuk (Park Bogum), seorang lelaki lebih muda yang sederhana dan baik hati.
#4 Find Yourself (Cina)
Syarikat He Fan Xing (Victoria Song) berdepan risiko untuk diambil alih, manakala hubungannya dengan Yuan Song (Song Wei Long) pula menerima tekanan masyarakat disebabkan perbezaan usia mereka. Dugaan berturut-turut dalam kerjaya dan percintaan menjerumuskannya ke dalam kekusutan emosi, dan pada saat itulah Ye Lu Ming (David Wang) hadir dalam hidupnya. Lebih berusia, matang, stabil serta berpengetahuan, Ye Lu Ming menjadi seperti mentor kehidupan kepada He Fan Xing dan sekali gus sumber konflik dalam hubungannya dengan Yuan Song.
#5 Now, We Are Breaking Up (Korea Selatan)
Ha Young Eun, (Song Hye-kyo) ketua jabatan rekaan di sebuah syarikat fesyen terkemuka dikenali dengan kecantikkannya, gayanya dan kebijaksanaannya. Dia berjaya dalam kerjaya tetapi dingin dalam soal cinta kerana terlalu mementingkan kestabilan. Semuanya berubah apabila dia bertemu seorang lelaki lebih muda, Yoon Jae Kook (Jang Ki-yong), jurugambar fesyen bebas yang sempurna pada pandangan orang lain. Namun, Young Eun tertarik pada sisi dirinya yang lebih mendalam.
#6 On A Starry Night (Jepun)
Yukimiya Suzu (Yoshitaka Yushiro) merupakan seorang pakar sakit puan berusia 35 tahun. Dia hidup tertekan di bandar tepi laut hingga kehilangan impian dan teman. Dalam usaha mencari ketenangan, dia pergi berkhemah sendirian lalu bertemu Hiiragi Issei (Kitamura Takumi), pemuda pekak yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Pertemuan itu menjadi titik perubahan, dan meskipun berbeza usia, Suzu tertarik pada sinar istimewa dalam diri Issei.
#7 Step Dave (Malaysia)
Dave (Glenn Yong), seorang pendandan rambut dan barista berusia 24 tahun yang hidupnya berubah apabila jatuh cinta dengan Cara (Lynn Lim), seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak. Mereka juga mempunyai jarak umur sebanyak 15 tahun. Percintaan berbeza usia mereka menimbulkan tentangan daripada rakan-rakan Dave serta keluarga Cara, namun Dave tetap bertekad untuk mempertahankan hubungan itu. Keadaan menjadi lebih rumit apabila bekas suami Cara, Steven (Henley Hii), kembali dalam hidupnya dengan harapan untuk diberi peluang kedua.
Pautan Berkaitan: LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.
Mierul Aiman turns 27. Sempena hari ulang tahun ke-27 Mierul hari ini, ketahui 10 fakta menarik tentang bintang muda ini.
KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA
Drama Melayu terbaru Anak-Anak Mafia berada di bawah terbitan Zeel Production dan ditayangkan di platform penstriman Tonton.
5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA
Stail peribadi Glenn Yong sebagai seorang selebriti terkenal amat penting, kerana gayanya akan dilihat oleh orang ramai dimana-mana jua.
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.
RECAP GLAM LELAKI RESET: FESYEN TERBAIK SELEBRITI
Sorotan fesyen terbaik dari malam GLAM Lelaki Reset.
GLENN YONG, “DUNIA FESYEN MEMBUKA MINDA SAYA KEPADA BEGITU BANYAK PERKARA KREATIF DAN PENGALAMAN INDAH.”
Glenn Yong, dari platform TikTok ke bidang lakonan dan nyanyian, artis berasal dari Singapura ini sememangnya versatil dengan bakat seni.