Skip to content

“AGUNGKAN BUDAYA MALAYSIA DENGAN MAKANAN TERAS UTAMA KAMI” – THE MALAYSIAN PROJECT POPULAR DEK BURGER DI NEW YORK

Kongsikan artikel ini

Gerai burger tepi jalan? How hard to find it? Jika lapar lewat malam, menu ini pasti menjadi pilihan. Bukan saja ramai dari kalangan kita membesar dengan hidangan seperti ini, malah ia ibarat khazanah identiti untuk Malaysia. Dek keunikkan dan kesedapannya. siapa menyangka burger spesial yang dibaluti dengan telur bikin popular lantas diterima baik oleh masyarakat di New York, dan sedikit sebanyak nama Malaysia turut dikait sama. Terima kasih kepada The Malaysian Project yang memperkenalkan hidangan ini di sana. Namun siapakah individu di sebalik The Malaysian Project? GLAM Lelaki menghubungi mereka dan meminta mereka berkongsi sejarah penubuhan, cabaran dan perancangan mereka. Semoga bermanfaat.

GLAM Lelaki: Boleh kongsikan tentang latar belakang kalian serta bagaimana lahirnya The Malaysian Project?

THE MALAYSIAN PROJECT: Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis GL kerana sudi menyiarkan kisah TMP. Baiklah, The Malaysian Project (TMP) tercipta hasil gabungan idea empat sahabat menetap di Middle Village, Queen. Kami terdiri dari Carlos Hon, yang dilahirkan di Subang Jaya. Hobi membaca dan mengumpul komik, bermain permainan video termasuk bermain dan menonton bola sepak. Buat masa sekarang, sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa untuk MBA. Abraham Chin, dilahir dan dibesarkan di Batu Pahat. Menyukai aktiviti indoor rock climbing dan snowboarding, kini bertugas sebagai Perancang Majlis dan Pengurus Akaun. Dan Calvin Leong, lahir di Ipoh dan dibesarkan di Subang Jaya. Gemarkan aktiviti sukarelawan dan menghabiskan latihan perindustrian dietetik di Illinois sebelum berpindah ke New York.

Selepas menghabiskan beberapa tahun di California, Illinois, Florida dan Rhode Island, satu perkara yang menyatukan kami sudah tentunya rasa ‘sayang’ pada makanan Malaysia, dari makanan dimasak sendiri oleh makcik kami sehinggalah ke hidangan roti canai yang dihidang di gerai-gerai mamak. Kami bertemu semula di New York pada tahun 2016, dan memutuskan untuk melancarkan The Malaysian Project. Sejak dari itu, kami telah melibatkan diri dalam pelbagai acara yang melibatkan makanan termasuk di Queens Night Market, The Meadows Music Festival, Viva La Comida, Grub Street Hester Street Fair, Brunch Con, Summer Stage serta menaja beberapa acara kebajikan termasuk Big Sisters Big Sisters – Jawatankuasa Mentor Asia dan Muzium Queens Gala, Flushing Meadows Corona Park Alliance Gala.

TMP adalah projek kerjasama yang kami jalankan setiap hujung minggu termasuk pada acara-acara tertentu, walaupun kami semua masing-masing mempunyai kerja sepenuh masa namun kami cuba untuk mengimbangkannya sebaik mungkin.

GLAM Lelaki: Apakah visi utama The Malaysian Project?

THE MALAYSIAN PROJECT: Pada awalnya agak sukar untuk menentukan visi utama TMP. Sewaktu itu, kami tidak tahu apakah nama atau gelaran yang benar-benar sesuai, apalagi membuat keputusan untuk masa hadapan. Namun kami benar-benar nekad untuk menggunakan perkataan ‘project’ atas kecenderungan dalam apa yang ingin kami capai, tetapi pada terasnya, visi kami adalah dengan rendah hati mempamer dan menonjolkan budaya rakyat Malaysia kepada masyarakat di sini. And what better way to express our Malaysian culture than food?

GLAM Lelaki: Pernah tidak kalian terfikir makanan Malaysia boleh diterima baik oleh masyarakat di New York.

THE MALAYSIAN PROJECT: Kami sentiasa berfikiran positif dan berharap hidangan kami diterima seadanya, tetapi ia tidak mudah. Pada awalnya, sambutan agak dingin ketika mula menjual di Vendy Plaza. Selain ia terletak berdekatan dengan komuniti Hispanic di sana, kami fikir menjual nasi lemak adalah bernas, memandangkan beras adalah makanan ruji, malangnya tidak. Nasi dimasak dengan santan ternyata tidak ‘klik’ dengan selera mereka. Begitu juga dengan kaya. Banyak persoalan bermain di minda mereka, ‘adakah ianya sihat’,’adakah ianya guacamole’, ‘is it tasty‘ dan sebagainya.

Selepas berbincang dan beberapa sesi eksperiman, kami memutuskan untuk tidak lagi menjual nasi lemak, dan mula menjual roti canai. Syukurlah, maklum balas yang kami terima agak positif. Dengan keyakinan baru ini, ia mendorong kami untuk beroperasi di pasaran yang lebih besar pada tahun berikutnya dan berakhir di Pasar Malam Queens. Dan sekali lagi, kami mencabar diri untuk melakukan sesuatu yang berbeza, lalu membuat keputusan untuk membuat burger versi kami iaitu “Legendary Ramly Burger”. Kami bermula dengan membuat daging sendiri dengan bereksperimen dengan pelbagai campuran rempah agar tidak tersasar dari asas ‘Ramly Burger’ yang kita semua ketahui. Ternyata ia mendapat sambutan sehingga kami diundi oleh pengikut kami bagi menyertai Vendy Awards tahun ini, termasuk digelar “the Oscar of street food” oleh kebanyakan pengkritik dan pencinta makanan di New York.

GLAM Lelaki: Kenapa agaknya burger Ramly versi kalian popular dan diterima ramai oleh kebanyakan masyarakat di sana?

THE MALAYSIAN PROJECT: Kami sendiri masih belum mengerti bagaimana burger kami diterima baik di New York. Tetapi kami mencuba sedaya upaya untuk menjadikan TMP mudah untuk diakses dan dipercayai di Amerika Syarikat. Selepas video dari INSIDER Food tular, kami terkejut dengan sambutan hangat terhadap burger yang kami hidangkan. Kami rasakan burger ini cukup istimewa (selain dagingnya dibaluti telur), namun ia adalah makanan biasa dalam kecenderungan menikmatinya sambil berkongsi pengalaman yang sama ketika membesar, walau sedikit berbeza dari bentuk ramuan. Walau dari kalangan kami, amat sukar untuk tentukan bahan apa yang ingin diletakkan dalam burger tersebut. Salad? Kobis? Sos Lada hitam? Kacang panggang? Yang pasti burger kami tetap menyelerakan malah penting untuk kami agar ianya tidak tersasar dari aspek ramuan dan rasa burger yang kita makan waktu kita membesar, and ingredients come second.

GLAM Lelaki: Pada masa hadapan, adakah akan ada lagi hidangan-hidangan Malaysia ingin kalian perkenalkan di sana?

THE MALAYSIAN PROJECT: If we can have it our way, we would introduce as many Malaysian dishes as we can to New Yorkers, terutama sekali makanan dari gerai-gerai penjaja. New York adalah tempat paling sesuai dek kepelbagaian dan trend makanan yang berkembang. Kami sudah memperkenalkan roti canai, nasi lemak, pisang goreng dan lain-lain. Namun yang pasti, ia memerlukan masa bagi kami dalam memutuskan apa yang ingin diperkenalkan. Ini kerana setiap item menu perlu melalui fasa percubaan agar ia istimewa di hati sebelum berkongsi dengan pelanggan kami.

GLAM Lelaki: Apakah cabaran utama yang perlu dilalui kalian dalam menubuhkan The Malaysian Project?

THE MALAYSIAN PROJECT: Cabaran terbesar yang perlu ditempuhi adalah sejauh mana kami dapat menguruskan batasan dalam perniagaan. Pada awalnya, peluang agak terhad dan bebanan kerja TMP masih lagi terurus. Kemudian, sambutan mendadak dengan lebih banyak peluang datang secara tiba-tiba, sehingga pada satu tahap mampu membahayakan kualiti produk kami. Jadi adalah penting buat kami dalam memberikan keutamaan untuk setiap aspek dan menimbang kebaikan dan keburukan setiap peluang. Jangan abaikan kualiti semata untuk kuantiti.

GLAM Lelaki: Ada perancangan untuk menubuhkan The Malaysian Project di lain-lain area, mungkin di Malaysia?

THE MALAYSIAN PROJECT: Pada masa ini, kami tidak mempunyai niat mahupun perancangan untuk mengembangkan TMP di area lain. Kami selesa untuk mengambil satu langkah dalam satu-satu masa. But who knows?

GLAM Lelaki: Dalam tempoh 5 tahun akan datang, di mana kalian melihat The Malausian Project?

THE MALAYSIA PROJECT: Oleh kerana kami berurusan dengan penyediaan makanan, kami berharap dapat berkhidmat sebagai saluran mahupun gateway buat orang ramai (khususnya warga New York) untuk merasai mengalami makanan Malaysia. Walaupun banyak makanan dan restoran Malaysia di bandar New York, kami melihat belum ada lagi mana-mana restoran tersebut mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir dan nasihat buat kalian untuk seluruh rakyat Malaysia yang menyokong anda.

ABRAHAM: Saya mengambil pepatah dari Joel A. Barker , “Vision without action is merely a dream. Action without vision just passes the time. Vision with action can change the world.” Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan dalam fikiran, tidak kira ianya kecil mahupun besar, langkah pertama adalah yang paling sukar, kemudian yang menyusul akan pasti mudah sekiranya anda memberikan keseluruhan jiwa dan raga kepada impian anda itu.

CALVIN: Sentiasa merendah diri.

CARLOS: Saya ingin menggalakkan setiap rakyat Malaysia agar tidak takut untuk berkongsi keindahan kebudayaan dan adat kita di mana sahaja anda berada dan dalam apa jua yang anda lakukan, kerana Malaysia adalah negara yang benar-benar indah dengan budaya yang begitu jelas.

THE MALAYSIA PROJECT: Untuk mana-mana usahawan dan bakal usahawan di luar sana, jangan takut untuk memulakan sesuatu. Jika anda meletakkan sepenuh hati dan jiwa anda untuk melakukannya, tidak akan ada yang rugi, hanya akan menang atau belajar.

 Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Oktober 2017

 

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut