Skip to content

ANNA JOBLING TERAJUI FILEM DUYUNG: LEGENDA AURORA

ANNA JOBLING TERAJUI FILEM DUYUNG: LEGENDA AURORA

Kongsikan artikel ini

Filem Duyung yang ditayangkan pada 2008 mencipta fenomena apabila berjaya memukau penonton dengan komedi fantasi berunsur kekeluargaan dan alam sekitar.

Justeru tidak menghairankan apabila ia memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21). Naskah arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu menyaksikan Maya Karin sebagai teraju utama.

Kini selepas 16 tahun, Anna Jobling pula diberi tanggungjawab untuk menggalas watak utama dalam sekuel berjudul Duyung: Legenda Aurora. Aktres berusia 24 tahun itu mengakui gemuruh apabila diberi kepercayaan memainkan peranan Duyung seterusnya anak kepada Maya Karin.

“Saya gemuruh kerana filem ini adalah karya kedua Duyung yang pernah menjadi fenomena ketika ia ditayangkan 16 tahun lalu. Diberi tanggungjawab memegang watak anak kepada Maya Karin sangat besar kerana karakter tersebut sangat berat,” katanya, menurut mStar.

Foto: Instagram

Filem terbitan KRU Studios dengan kerjasama 8 Bit Studio dan Primeworks Studio ini akan menyaksikan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen duduk di kerusi pengarah sekali lagi.

Datuk Norman Abdul Halim selaku penerbit eksekutif berkata, pemilihan Anna sebagai Duyung sangat menepati kriteria kerana aktres itu pandai berenang malah pernah menjadi wakil Selangor.

“Kami memang mencari pelakon yang boleh berenang dengan baik sebab nak kena pakai kostum duyung itu bukan senang. Ia ada cabaran tersendiri dan kami lihat Anna dapat melakukannya dengan baik kerana dia boleh berenang,” katanya.

Sekuel Duyung Dihasilkan Atas Permintaan Peminat

Filem bergenre komedi fantasi ini akan memulakan penggambaran selama sebulan bermula 13 September hingga 13 Oktober 2024. Secara keseluruhan, ia akan memaparkan 22 lokasi di Langkawi dan sekitar Pulau Payar termasuk Lembah Klang dan Putrajaya.

Menurut Profesor Razak, ramai peminat bertanya mengenai kesinambungan filem ini sejak ia mencatat kutipan pecah panggung pada 2008. Dan nampaknya, sekarang adalah waktu tepat untuk menghasilkannya.

Duyung (2008)

Foto: Mubi

“Apabila dirasakan ini adalah masa sesuai untuk membuat sekuel filem Duyung, saya mengadakan perbincangan dengan Norman dan turut berusaha mencari penaja yang berminat.

“Di samping mengetengahkan Anna sebagai anak duyung, kami juga berminat untuk mewujudkan watak duyung lelaki bagi mewarnai jalan cerita filem ini supaya lebih menarik untuk ditonton nanti,” katanya, menurut Harian Metro.

Selain Maya Karin, filem ini akan menampilkan barisan pelakon lama lain seperti Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin Senario. Barisan pelakon baru yang akan meriahkan sekuel ini termasuk Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda dan A Shukoor Mohaideen.

Duyung: Legenda Aurora dijadualkan menemui penonton di layar perak pada suku ketiga tahun 2025.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

100 LELAKI TERKACAK 2023: MEERQEEN ATASI ROBERT PATTINSON & JIN BTS

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut

10 KASUT BERGAYA PILIHAN AEDY ASHRAF DAN ANNA JOBLING

Bacaan Lanjut
melur untuk firdaus 2

BALIK KAMPUNG RAYA INI DENGAN RANCANGAN DARIPADA BINTANG-BINTANG TEMPATAN

Bacaan Lanjut