Skip to content

ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024 SEMPENA MERDEKA

ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024

Kongsikan artikel ini

Saban tahun, bulan Ogos tidak pernah gagal menghiburkan orang ramai dengan konsert berunsur patriotisme sempena bulan kemerdekaan.

Dan hanya dua minggu selepas sambutan Hari Kebangsaan, kita sekali lagi disogok dengan semangat cintakan negara apabila menyambut Hari Malaysia pada tanggal 16 September.

Justeru pelbagai acara telah pun dirancang sempena dua bulan istimewa ini. Salah satunya adalah Konsert Jiwa Malaysia 2024 sempena sambutan Hari Merdeka ke-67 dan Hari Malaysia.

Acara anjuran Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event ini dijadualkan berlangsung pada 7 September di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KONSERT JIWA MALAYSIA

Persembahan Hebat Artis Di Konsert Jiwa Malaysia 2024

Menurut penganjur, acara hiburan ini kaya dengan nilai-nilai murni yang mampu menyemarak semangat kemerdekaan terutama di kalangan generasi muda.

Beberapa penyanyi berkumpulan dan solo terkenal dijemput untuk menghiburkan pengunjung di konsert itu nanti. Mereka adalah Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Imsomniacks dan jelitawan asal Sabah, Bella Astillah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil, Konsert Jiwa Malaysia 2024 berbeza dengan acara hiburan lain.

“Bertemakan Jiwa Malaysia, ia bukan sahaja akan menghiburkan pengunjung yang majoriti dari kalangan generasi muda, malah turut menginspirasi mereka tentang kepentingan memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara.

“Pembabitan Spider, Hujan, RuRedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks dan Bella Astillah mewakili setiap generasi masing-masing disifatkan relevan dalam usaha membangkitkan nilai-nilai kemerdekaan dalam masyarakat hari ini,” katanya.

konsert JIWA MALAYSIA 2024

Tiket boleh didapatkan menerusi pembelian di laman web Ilassotickets. Harga bermula dari RM70 untuk Jiwa (berdiri) dan RM50 untuk Malaysia (duduk) bagi pembelian early bird. Harga asal adalah RM120 untuk Jiwa (berdiri) dan RM90 untuk Malaysia (duduk).

 

Foto: Bernama

Pautan berkaitan: KONSERT MAHARDIKA SATUKAN MASDO, ELLA & SPIDER

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH

Bacaan Lanjut
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BAKAL MELANGSUNGKAN MAJLIS BERTUNANG

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BERTUNANG PADA 28 MAC 2026

Bacaan Lanjut
bella astillah

5 SEBAB YB SYED SADDIQ SEORANG IKON MASA KINI

Bacaan Lanjut

#THROWBACK GAMBAR PHOTOSHOOT SYED SADDIQ BERSAMA GLAM LELAKI (2017 & 2018)

Bacaan Lanjut
bella astillah

MOMEN MANIS SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut

DOLLA ANTARA LINE UP CONCERT K-SPARK DI MALAYSIA SELAIN G-DRAGON, ITZY, HWASA &DPR IAN 

Bacaan Lanjut