BAHANA CORONAVIRUS
Sehingga hari ini (29 Januari 2020), wabak atau virus Coronavirus Wuhan telah membunuh 106 orang dan menjangkiti lebih 4,000 orang. Virus ini dipercayai berasal dari pasar makanan di Wuhan yang menjual haiwan liar secara haram. Para penyelidik China percaya ia mungkin telah menjangkiti manusia dari ular yang menerima virus dari kelawar. Kedua-dua haiwan itu diketahui telah dijual di pasaran.
Berdasarkan sumber, dan Toodia berikut adalah lebih banyak fakta mengenai virus baru yang dipanggil 2019-nCoV, yang disebarkan di kalangan manusia dan tergolong dalam keluarga coronavirus seakan sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
1. Coronavirus merupakan radang paru-paru yang seakan sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Gejalanya yang boleh dilihat apabila individu mengalami demam, batuk dan sukar bernafas.
2. Meskipun SARS mempunyai nisbah kemungkinan menyebabkan kematian sebanyak 11 peratus namun conavirus dilihat kurang berbahaya kerana kebanyakan mangsa yang dijangkiti virus baharu itu berusia sekitar 60 tahun.
3. Tidak seperti SARS yang juga berasal dari China, virus nCoV boleh disebarkan semasa tempoh inkubasi, kata Menteri Suruhanjaya Kesihatan Nasional Ma Xiaowei. SARS membunuh hampir 800 orang di seluruh dunia pada tahun 2002 dan 2003.
4. Mudah dijangkiti melalui manusia.Pengesahan mengenai penyebaran tersebut turut diakui oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dan pakar perubatan China. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan China percaya ia mungkin berpunca daripada haiwan.
5. Perlindungan kendiri boleh diambil dengan beberapa langkah WHO menasihatkan supaya mengelakkan daripada berhubung secara terus dengan mereka yang mempunyai simptom-simptom coronavirus. Pada masa sama, WHO menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka dan sarung tangan segera mendapatkan rawatan jika anda sukar untuk bernafas.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI ANAK GENIUS ENGKU ALEESYA, ANAK KEPADA PRIMADONA PERFILEMAN MELAYU, ERRA FAZIRA
Engku Aleesya, simbol “beauty with brains”, meraih keputusan IGCSE cemerlang dan bersedia menyambung A-Level.
FILEM IKONIK LAKONAN PRIMADONA MALAYSIA, ERRA FAZIRA
Filem-filem lakonan Primadona Malaysia, Erra Fazira cukup ikonik hingga hari ini dan tidak akan pernah ditelan zaman dek lakonan hebatnya.
ERRA FAZIRA KINI ISTERI EZWAN ZAIN
Erra Fazira kini selamat bergelar isteri kepada Ezwan Zain. Pasangan ini dinikahkan pada pagi 12 Disember tadi.
KENALI DR ZAMIR HILMAN HAMZAH, SUAMI KEPADA SISSY IMANN
Sissy Iman kini sudah bergelar isteri kepada Dr Zamir Hilman Hamzah setelah dinikahkan oleh bapanya di Putrajaya.
KENAPA REMBAYUNG SUDAH VIRAL SEBELUM DIBUKA; DAN APA YANG ISTIMEWA TENTANGNYA
Rembayung, restoran RM4 juta Khairul Aming di Kampung Baru, kini viral sebelum pintunya dibuka kepada umum.
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.











