BERSANTAI SEPERTI BTS: ESTET ‘IN THE SOOP’ KINI DI AIRBNB
Seperti rakaman musim kedua “IN THE SOOP BTS”, peminat juga dapat membaca buku di bilik bacaan seperti RM, atau bersantai gaya Jin di atas pelampung berbentuk unicorn di kolam renang. Selain bermain gitar seperti SUGA, peminat boleh berswafoto seperti j-hope serta melukis kanas sepetti V. Tidak dilupakan, anda boleh bersenam seperti Jimin, bermain trampoline seperti Jung Kook, atau jufa bermian di gelanggang bole keranjang seperti anjing peliharaan Jung Kook iaitu Bam.

Penginapan eksklusif ini boleh ditempah untuk satu malam pada 29 Ogos 2022 dengan harga RM31 sahaja untuk dua peminat bertuah. Selain dapat menyelami gaya hidup BTS, peminat juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi di sekitar estet. Juga tersedia mesin karaoke dan sistem bunyi yang akan memainkan lagu-lagu hit BTS sepeti “Butter”, “Permission to Dance” dan album terbaharu mereka berjudul “Proof”.

Peminat boleh menempah penginapan ini bermula pada 2 Ogos dari 11 pagi KST (Selasa, 2 Ogos pada 10 pagi MYT) di airbnb.com/inthesoopbts. Pengangkutan kereta ulang-alik akan disediakan untuk perjalanan 20 minit dari stesen KTX PyeongChang ke penginapan “IN THE SOOP BTS” ini nanti.
Foto: Airbnb Malaysia
Baca lebih lanjut: PRISM+ Q65 PRO QUANTUM EDITION, TELEVISYEN ANDROID PREMIUM PALING BERPATUTAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER
Siapa sangka, lagu-lagu ikonik sepanjang zaman sebenarnya banyak dilahirkan pada bulan yang baru bermula ini, Oktober.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
PENAMPILAN JUNG KOOK DI KONSERT ARIRANG MENTAFSIR KOD RUMAH BALENCIAGA
BTS memulakan jelajah dunia Arirang mereka, dimana Jung Kook mempersembahkan fashion feast oleh Balenciaga.
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.











