Skip to content

PRISM+ Q65 PRO QUANTUM EDITION, TELEVISYEN ANDROID PREMIUM PALING BERPATUTAN

Kongsikan artikel ini

Pengarang Digital, Muzammin Muzlan berpeluang mencuba sendiri model televisyen premium Android terbaharu PRISM+ Q65 PRO Quantum Edition yang penuh dengan kejutan.

Televisyen tidak lagi seperti dahulu. Kini, televisyen seperti pelengkap kepada telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan keseronokan untuk berhibur di rumah. Pengarang Digital, Muzammin Muzlan berpeluang mencuba sendiri model televisyen premium Android terbaharu PRISM+ Q65 PRO Quantum Edition yang penuh dengan kejutan.

Jenama teknologi tempatan, PRISM+ meluaskankan rangkaian televisyen Android premium Q-Series PRO. Selepas melancarkan televisyen terbesar pada tahun lalu, Q86 PRO Quantum Edition kini hadir dalam dua lagi model tambahan iaitu Q65 PRO Quantum Edition and the Q55 PRO Quantum Edition.

Tidak seperti televisyen pintar Android yang lain, rangkaian Q-Series PRO ini didatangkan dengan Free Voice Control, Dolby Vision HDR, sistem audio menyelurug Dolby Atmos, serta teknologi cahaya belakang Quantum Color yang diperbaharui untuk memberikan pengalaman bagai pawagam terus dari rumah.

Dihasilkan untuk membawakan pengalaman hiburan yang menyeluruh, siri televisyen Android ini menampilkan paparan 4K Ultra High-Definition yang sama seperti televisyen premium yang lain, tetapi pada harga yang jauh lebih berpatutan. Kepuasan menonton rancangan kegemaran anda di Netflix mahupun Youtube juga dipertingkatkan dari segi kualiti paparan dan suara dengan teknologi Dolby Vision dan juga Dolby Atmos.

Seperti gajet terkini di pasaran, siri televsiyen ini dilengkapi pengalaman bebas sentuhan dengan kawalan suara yang ditambah baik. Ia mempunyai mikrofon yang terbina di dalam bersama Google Assistant untuk mengawal televisyen dengan hanya menggunakan suara. Tidak perlu lagi untuk menekan alat kawaln jauh untuk menukar rancangan atau mengawal tahap bunyi, hanya mengatakan “Hey Google” atau “Ok Google” sahaja.

Bukan sahaja dapat memuat turun lebih banyak aplikasi pada televisyen Android ini, ia juga hadir bersama ruang simpanan yang sentiasa menjadi masalah sebelum ini. Siri ini mempunyai ruang simpanan seluas 32GB yang merupakan sempat kali ganda lebih besar daripada generasi sebelum ini. Tidak diluapakan, ia turut menjanjikan kelajuan penstriman terpantas yang menyokong Wi-Fi sehingga 5G.

Rangkaian PRISM+ Q-Series PRO boleh didapati bermula pada harga RM2,399 untuk model 55-inci dan RM3,299 untuk model 65-inci, manakala model 86-inci pula pada harga RM8,999 yang sangat berpatutan. Kesemua model ini boleh dibeli menerusi stor atas talian dan Lazada. Layari https://prismplus.my/ untuk lebih maklumat.

Foto: PRISM+

Baca lebih lanjut: MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

David Beckham

ANTARA CITA-CITA & CINTA, DOKUMENTARI DAVID BECKHAM DEDAH SISI PERIBADI

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE TERBITKAN FILEM ADAPTASI NOVEL BERSAMA NETFLIX

Bacaan Lanjut
PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB

Bacaan Lanjut
rancangan Netflix paling popular

TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX

Bacaan Lanjut
KONTROVERSI 2 FINALE RANCANGAN REALITI KOREA “Physical 100”, SIAPA YANG PATUT MENANG?

RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?

Bacaan Lanjut