BLOK PIKSEL KE DUNIA BERLIAN: MINECRAFT X SWAROVSKI
Bila dunia blok piksel bertemu kilauan kristal, hasilnya memang luar biasa! Minecraft dan Swarovski kini bersatu dalam kolaborasi penuh gaya yang meraikan imaginasi tanpa batas. Berinspirsikan daripada permainan video paling laris di dunia, koleksi hiasan rumah ini menampilkan watak-watak ikonik seperti Steve dan Creeper dalam versi paling glamor pernah dilihat. Dengan tagline “Your Adventures Crystallized”, koleksi ini bukan sekadar cantik dipandang tetapi ia membawa semangat pengembaraan dunia Overworld terus ke ruang tamu anda.
Blok piksel jadi bling-bling!
Empat figura ikonik dari dunia Minecraft kini tampil lebih glamor dengan sentuhan kristal potongan penuh dari Swarovski. Gabungan seni digital dan kemewahan pertukangan ini menghasilkan koleksi yang bukan saja memikat mata, tapi juga membawa dunia permainan ke tahap elegan yang tak dijangka.
Alex, wira wanita Minecraft yang berani, tampil garang dalam tunik hijau ikoniknya. Dengan pedang kesayangan di tangan, dia sentiasa bersedia untuk bertempur.
Mobs comel Minecraft. Sebagai teman setia yang ideal, makhluk ini sentiasa bersedia menemani pemain dalam setiap pengembaraan.
Creeper, direka berdasarkan mob yang paling digeruni dalam permainan. Muncul secara tiba-tiba dan penuh kejutan, menjadi mimpi ngeri setiap pemain.
Steve pula mewakili semangat peneroka sejati Minecraft. Dengan pakaian biru ikonik dan kapak di tangan, dia sentiasa bersedia untuk menggali, membina, dan mencipta dunia baharunya hingga matahari terbenam.
Sebagai pelengkap kolaborasi hebat ini, satu item istimewa dalam Character Creator turut ditawarkan. Anda boleh tebus secara percuma hanya dengan imbas kod QR pada pembungkusan! Item eksklusif ini dikenali sebagai Crystal Suit, dihiasi dengan logo anggun Swarovski Swan, menjadikannya busana dalam permainan yang bukan saja bergaya, tapi juga menambah kilauan epik dalam setiap pengembaraan Minecraft anda. Masa untuk bersinar dalam dunia Overworld!
Artikel Berkaitan: HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.