BUFET RAMADAN ‘MUHIBBAH MALAYSIA’ DI PAVILION HOTEL KUALA LUMPUR
Bermula pada 7 April hingga 1 Mei 2022, Pavilion Hotel Kuala Lumpur menyatukan semangat keharmonian dengan menu bufet berbuka puasa “Muhibbah Malaysia” bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini.
Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan tahun ini, Pavilion Hotel Kuala Lumpur oleh Banyan Tree mahu menyatukan pengalaman kulinari serta layanan baik yang terkenal di bawah satu bumbung. Bermula 7 April sehingga 1 Mei 2022, pengunjung boleh menikmati menu bufet “Muhibbah Malaysia” untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat.
Diinspirasikan daripada kebudayaan dan gaya hidup dari seluruh Malaysia, bufet istimewa bersempena Ramadan kali ini akan disediakan oleh barisan cef yang diketuai oleh Chef de Cuisine, Ismadin Mohd Isa. Pengunjung dapat berbuka puasa sambil diserikan iringan muzik secara langsung di Centre Court di restoran The Courtyard.
Tanpa perlu merentas sempadan negeri, pengunjung akan dapat menikmati kepelbagaian cita rasa dari setiap negeri di Malaysia. Seleksi kulinari tempatan ini disajikan segar pada stesen-stesen berbeza untuk memebrikan pengalaman bufet yang variasi. Bermula di utara Semenanjung Malaysia, negeri Perlis akan menyajikan Kari Kambing Mangga Muda. Negeri Kedah akan menampilkan Ayam Panggang Madu Berbijan, manakala Perak pula hidangan Daging Rendang Tok.
Menu Kari Kepala Ikan pula menjadi pilihan dari Pulau Pinang. Negeri Melaka pula terkenal dengan Gulai Udang Harimau Batang Keladi, serta Ikan Patin Masak Tempoyak yang menjadi sajian utama negeri Pahang. Kelantang pula akan menampilkan Gulai Ikan Tonggol. Tidak sempurna menu berbuka puasa tanpa Bubur Lambok yang mejadi pilihan di Kuala Lumpur.
Tahun ini, The Courtyard turut sama akan membariskan pilihan sos signature daripada negeri-negeri berbeza dari seluruh Malaysia. Antaranya Sambal Belcan Mangga Muda dari Selangor, Cencalok yang terkenal dari Melaka, serta Sambal Tempoyak Daun Kesom dari Negeri Sembilan. Selain itu, terdapat juga Sambal Ikan Bilis Tumbuk Cili Padi dari Kedah dan sudah tentu Budu dari Kelantan.
Jangan lupa untuk menyempurnakan kunjungan berbuka puasa anda dengan variasi pencuci mulut yang cukup menyelerakan. Terdapat puluhan pilihan untuk akan cuba, selain pilihan buah-buahan segar yang boleh dinikmati nanti.
Menu bufet “Semangat Muhibbah” ini bermula pada 7 April sehingga 1 Mei 2022 pada jam 6:30 PM setiap hari. Pengunjung dewasa akan dikenakan bayaran RM188 NETT seorang manakala RM94 NETT pula untuk setiap kanak-kanak dan warga emas.
Jika anda lebih selesa untuk berbuka di rumah, Pavilion Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan set Muhibbah Feast Home Delivery yang akan menampilkan hidangan autentik seperti Kerabu Mangga Muda Sotong, Daging Masak Hitam, Mandi Rice with Middle Eastern Marinated Lamb Leg atau Cajun flavoured Chicken with Mushroom Sauce. Setiap set berharga RM220 NETT untuk hidangan 4 orang.
Foto: Pavilion Hotel Kuala Lumpur oleh Banyan Tree
Baca lebih lanjut: FIVE GUYS KINI DI PAVILION KUALA LUMPUR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX
Jika anda ingin mempunyai mersyuarat produktif sambil menikmati hidangan. Temui 5 restoran terbaik di The Exchange TRX yang sempurna.
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Demi menyambut Kemerdekaan tahun ini, filem-filem patriotik boleh menjadi salah satu aspek menunjukkan semangat sebagai rakyat Malaysia.
5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’
GLAM Lelaki menemukan restoran mewah dan romantik untuk "First Date"! Kami bawakan destinasi terbaik untuk memulakan kisah cinta anda.
CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL
Alami pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa kulinari Jepun premier di restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.