Skip to content

FIVE GUYS KINI DI PAVILION KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Selepas pembukaan restoran pertama di Resort World Genting, FIVE GUYS kini membuka cawangan kedua di Malaysia yang berlokasi di pusat membeli-belah, Pavilion Kuala Lumpur.

Berita baik buat peminat burger FIVE GUYS. Rangkaian makanan segera popular dari Amerika Syarikat ini kini membuka cawangan kedua mereka di Malaysia. Selepas pembukaan restoran pertama di Resort World Genting, FIVE GUYS kini berlokasi di pusat ibu negara di Pavilion Kuala Lumpur.

Jika anda belum lagi berkesempatan untuk mencuba di Genting Highlands, restoran kedua FIVE GUYS ini berada pusat membeli-belah utama di Kuala Lumpur. Seperti restoran pertama, menu FIVE GUYS di sini juga mengekal polisi hidangan daging lembu yang mendapat 100% pensijilan Halal.

Dengan keluasan lebih 2570 kaki persegi, restoran ini mampu menempatkan 66 orang pengunjung dengan selesa dalam satu masa. Cawangan ini menawarkan seleksi menu yang variasi, termasuklah 15 pilihan hias atas (topping) yang boleh dipilih. Lantas, pengunjung dapat membuat lebih 250,000 kombinasi burger berdasarkan cita rasa masing-masing nanti.

Tidak lengkap hidangan burger tanpa kentang gorang dan susu kocak. Seperti cawangan lain, sus kocak FIVE GUYS Pavilion Kuala Lumpur mempunyai asas vanila. Dan terdapat lapan campuran premium percuma seperti mentega kacang dan buah strawberi segar yang disediakan di restoran setiap hari. Pengunjung boleh mencuba lebih 1000 kombinasi perasa untuk susu kocak.

Diasaskan sejak 1986 di Washington D.C., Amerika Syarkat, rantaian FIVE GUYS ini sudah mempunyai lebih 1700 buah restoran di seluruh dunia. Selain Malaysia, ia turut membuat debut di China, Austria dan Australia pada tahun 2021. Pembukaan cawangan di Pavilion Kuala Lumpur adalah enam bulan selepas debut pertama di Genting Highlands.

Foto: FIVE GUYS Malaysia

Baca lebih lanjut: #GLFIRSTGAYAHIDUP VIVO V23 5G (SUNSHINE GOLD)

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut