Skip to content

CAROUSELL DAN UNILEVER LANCARKAN KEMPEN RAMADAN #TETAPBUKA

Kongsikan artikel ini

Carousell, salah satu platform jual beli dalam talian terbesar dan paling pantas berkembang hari ini mengumumkan pelancaran Kempen Ramadan #TetapBuka, menawarkan sebuah platform kepada pemilik perniagaan tempatan untuk menjual barangan makanan mereka semasa bulan puasa.

#TetapBuka dianjurkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong pertubuhan F&B yang lebih kecil di kawasan mereka, terutama sekali ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana penjual tidak dapat membuka gerai fizikal di Bazar Ramadan. Dengan menggunakan penyaringan yang tersedia dalam aplikasi Carousell, selepas disenaraipendekkan, pengguna dapat mencari penjual makanan yang berdekatan dengan lokasi mereka dalam jarak 10 kilometer.

Dengan kerjasama Unilever Food Solutions, pembekal perkhidmatan makanan utama yang merangkumi jenama seperti Knorr, Best Foods dan Lipton, telah menghubungkan Carousell dengan ribuan perniagaan F&B justeru mempelbagaikan lebih banyak juadah bagi rakyat Malaysia. Proses onboarding akan memastikan bahawa pemilik perniagaan yang belum pernah mengalami operasi dalam talian mampu disenaraikan dalam Carousell supaya lebih diketahui orang awam. Dengan penyenaraian Carousell, pemilik F&B akan dapat menyediakan perkhidmatan bungkus ‘take-away’ atas permintaan tanpa perlu membayar premium atau caj komisen yang dikenakan oleh vendor luar. Secara tidak langsung, Carousellers akan dapat menyokong pertubuhan F&B tempatan yang berdekatan. Pemilik F&B yang berminat untuk penyenaraian boleh mengikut panduan mudah ini: https://my.carousell.com/s/tetapbuka-let-s-support-our-local-f-bs-11742.

3 of 5

3 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut