COACH COFFEE SHOP: 7 MENU MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI
Coach membuka Coach Coffee Shop ketiga mereka, terletak di Sunway Pyramid selepas Coach Play Ipoh dan Coach Play APW.
Coach Coffee Shop ini merupakan yang pertama dibuka di dalam pusat membeli-belah komersial, sekaligus mengukuhkan lagi kehadirannya dalam industri makanan dan minuman tempatan. Selari dengan konsep Americana yang sejajar dengan warisan jenama dan asal-usulnya, Coffee Shop baharu ini menawarkan hidangan bertemakan New York yang eksklusif untuk cawangan Sunway Pyramid, serta beberapa menu kegemaran dari Coach Play Ipoh dan Coach Play APW.

Pelbagai menu yang menarik disediakan oleh mereka. Soft serve mereka yang berada di Coach Play APW masih bermain di fikiran kami hingga hari ini. Dikatakan, terdapat menu baharu di cafe terbaru ini. GLAM Lelaki akan berkongsi tujuh menu menarik Coach Coffee Shop, bertempat di Sunway Pyramid yang menjadi pilihan kami.
#1 All Day Breakfast – Bagel bersama Cream Cheese

Gabungan cream cheese dan bagel yang kenyal diluar, lembut di dalam menjadikan menu ini hidangan yang sempurna untuk sarapan pagi.
#2 Beef Hot Dog

Boleh dimakan sebagai hidangan utama, atau snek jika mahu mengunyah. Gabungan sos dan jeruk timun membangkitkan lagi selera makan anda.
#3 Club Sandwich

Gabungan yang sangat sempurna untuk perut yang lapar. Lengkap bersama kepingan ayam, keju dan sayur, sandwich seimbang ini memang untuk anda!
#4 Grilled Cheese

Makanan yang sangat ikonik buat semua, Grilled Cheese tidak pernah mengecewakan! Rasa keju yang mencair bersama roti rangup diluar sangat membuka selera.
#5 Matcha Latte

Sebagai seorang yang tidak gemar kopi, matcha latte merupakan pilihan minuman yang terbaik dalam menu ini.
#6 Lemon Meringue Pie Soft Serve

Gabungan pai lemon dan soft serve sebagai pemanis mulut yang dingin sangat sempurna sebagai penutup hidangan.
#7 Pastries

You can never go wrong with pastries! Pelbagai aneka pastries yang gebu menjadi pilihan di Coach Coffee Shop.
Pautan Berkaitan: COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERSONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.
THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH
Coach hadir dengan kempen musim cuti penuh istimewa, The Gift for New Adventures dan menampilkan barisan duta jenama mereka.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
NANON KORAPAT KINI RAKAN COACH ASIA TENGGARA
Nanon Korapat kini melangkah ke fasa yang lebih besar dalam kerjayanya, bersama Coach, membawa semangat keberanian, ekspresi diri, dan keyakinan di seluruh Asia Tenggara.











