DI SEBALIK LELAKI AGRESIF: REALITI YANG PERLU LELAKI HADAM
Untuk para lelaki ini bukan artikel untuk menyalahkan, tapi untuk menyedarkan. Ramai antara kita dibesarkan dalam budaya agresif yang menormalisasikan dominasi lelaki dalam hubungan. Ayuh selami…
Kita diajar untuk jadi “ketua keluarga”, untuk “mengawal keadaan”, tapi jarang diajar tentang batas antara kepimpinan dan penderaan. GLAM Lelaki menyelami fikiran lelaki yang melakukan penderaan dan bagaimana mereka sering tidak sedar bahawa mereka adalah pelaku.
Penderaan Bukan Sekadar Fizikal
Ramai lelaki menganggap selagi mereka tidak memukul, mereka bukan pelaku penderaan. Tetapi realitinya, penderaan datang dalam banyak wajah—mengherdik, memalukan pasangan di hadapan orang lain, mengawal cara berpakaian, atau memanipulasi emosi pasangan. Itu semua adalah bentuk penderaan.
Artikel ini mendedahkan bahawa sebahagian besar pelaku penderaan sebenarnya tidak nampak diri mereka sebagai “jahat.” Mereka sering merasionalkan tindakan mereka “Aku buat sebab dia kurang ajar”, “Kalau aku tak kawal, dia naik kepala.” Tapi semua alasan ini lahir dari satu akar: keperluan untuk mengawal.
Apa Ada Dalam Minda Seorang Pelaku Agresif?
Taylor menjelaskan bahawa kebanyakan pelaku datang dari latar belakang keluarga yang penuh konflik. Mereka membesar menyaksikan ayah mereka menjerit atau memukul ibu, dan lama-kelamaan, mereka menyerap pola tersebut sebagai norma. Bila mereka dewasa, mereka ulang semula tanpa sedar atau dalam diam sedar.
Namun, ada satu perkara yang semua pelaku kongsi: keengganan untuk bertanggungjawab.
Terapi Bukan Untuk Lemah – Ia Untuk Yang Berani
Ramai lelaki takut untuk ke terapi sebab bimbang dilabel “lembik” atau “lemah.” Tapi sebenarnya, lelaki yang berani mengakui kesilapan, minta maaf, dan usaha untuk berubah—itu adalah kekuatan sejati. Dalam terapi berkumpulan, pelaku disedarkan tentang kesan sebenar perbuatan mereka, dan ini sering menjadi turning point dalam hidup mereka.
Anak-Anak Sedang Melihat, elak jadi lelaki agresif
Kalau anda seorang ayah ketahuilah bahawa anak-anak anda sedang belajar tentang ‘kasih sayang’ daripada cara anda melayan pasangan. Anak lelaki akan meniru, anak perempuan akan normalisasi. Nak putuskan kitaran toksik? Mula dengan diri sendiri.
Sebagai lelaki, kita tak perlu jadi sempurna. Tapi kita perlu jadi bertanggungjawab. Jika anda pernah mengawal sikap agresif, menyakitkan, atau memperlekeh pasangan—mungkin sudah tiba masanya untuk muhasabah. Artikel ini bukan untuk menjatuhkan anda, tapi untuk bantu anda bangkit dan jadi lelaki yang lebih baik.
Kerana kekuatan lelaki sebenar bukan pada kuasa… tapi pada kemampuan untuk berubah.
Pautan berkaitan: TRAVIS SCOTT & DRAKE DISAMAN KERANA MENYEBABKAN KECEDERAAN DAN KEMATIAN DI KONSERT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR
Muaz Zabir bukanlah asing lagi. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan bahawa, segala impian mampu diterjemahkan menjadi realiti.
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
5 GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Tahun 2025, lelaki lebih perlu selektif dalam memilih jenis gaya potongan rambut yang mudah diadaptasi dengan berbagai bentuk wajah.