Skip to content

Doubletree by Hilton Phuket

DOUBLETREE BY HILTON PHUKET BANTHAI RESORT, DESTINASI PERCUTIAN ‘FEEL GOOD’ DI PHUKET, THAILAND

Kongsikan artikel ini

Pengarang GLAM Lelaki, Muzammin Muzlan berpeluang menikmati keindahan pulau percutian Phuket, Thailand yang menyeronokan di DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort.

Berlokasi di pusat hiburan yang paling popular di Phuket, DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort seperti sebuah oasis yang penuh ketenangan dalam kesibukan kawasan Patong. Berlatarkan keindahan pantai Patong dan laut Andaman yang mempersonakan, saya berpeluang untuk menginap selama tiga hari dua malam di sini ketika percutian saya ke Selatan Thailand.

doubletree Phuket

Melangkah masuk ke lobi hotel, pengunjung akan disajikan dengan DoubleTree Chocolate Cookie yang menjadi signature buat rangkaian hotel ini. Ianya percuma untuk setiap pengunjung ketika mendaftar masuk di lobi. Bersebelahan dengan ruang hadapan hotel terdapat Cookie House. Ia merupakan sebuah bilik khas yang ditujukan buat biskut coklat ikonik itu, selain menjadi lokasi beberapa aktiviti hotel.

hotel Phuket

DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort mempunyai 290 ruanng penginapan yang terdiri daripada pelbagai kategori. Dari Delux Room with Balcony kepada Three Bedroom Pool Villa. Pengunjung akan menikmati bilik yang luas dengan pilihan pemandangan taman menghijau ataupun kolam renang. Terdapat tiga buah kolam renang di sini. Selain itu, pusat kecergasan dan sauna dibuka sepanjang hari.

makanan thai

Resort ini mempunyai dua buah restoran dan tiga bar minuman di sekitar hotel. The Shore yang menjadi lokasi bufet sarapan pagi menyediakan variasi hidangan Asia dan antarabangsa. Serta seleksi makanan halal buat pengunjung Muslim. Lokasinya yang strategik juga terletak berhampiran dengan pasar lokal, pusat beli-belah, restoran serta pusat hiburan yang popular di Bangla Road pada waktu malam.

DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort

‘Share a Feel Good Moment Month’

Dalam meraikan pembukaan hotel DoubleTree by Hilton yang ke-100 di Asia Pasifik, DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort melancarkan kempen ‘Share a Feel Good Moment Month’.

Inisiatif istimewa ini mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk menginspirasikan Feel Good Moments bersama pengunjung. Serta mengeratkan lagi hubungan bersama badan-badan Environment, Social & Governance (ESG) di rantau ini. Ia bersempena pembukaan rangakai hotel ini di Jepun, India dan Indonesia.

Bermula 1 hingga 5 Julai 2024, pengunjung DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort boleh berkongsi momen indah bersama yang tersayang. Ketika check-in, pengunjung akan diberikan dengan poskad dengan desain isitmewa untuk diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan. Mereka juga mendapatkan biskut cookie percuma di mana-mana DoubleTree by Hilton di seluruh rantau Asia Pasifik.

Dengan sembilan pilihan poskad yang unik dari Australia, China, India, Indonesia, Japan, Malaysia, South Korea, Thailand, New Zealand dan Pacific Islands. Kempen ‘Share a Feel Good Moment Month’ ini dapat membina hubungan dan juga mencpita impak positif dalam melangkaui sempadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Baca lebih lanjut: MUU BANGKOK HOTEL – DESTINASI PERCUTIAN MEWAH PALING COOL DI BANGKOK