DR. SAY SHAZRIL BAKAL BUAT ‘COMEBACK’
Suatu ketika dahulu, seorang doktor lelaki muncul lalu bikin kecoh dan seterusnya hangat diperkatakan netizen. Gara-gara rupanya yang tampan dan dianggap ‘doktor paling kacak di Malaysia’, Muhammad Shazril bin Shaharuddin atau lebih ramah dipanggil Dr. Say bukan saja segak dan mudah didekati, malah bergaya serta berpendidikan tinggi. Sebelum terkenal Dr. Say pernah aktif menjadi model editorial, peragaan mahupun komersial. Dek popularitinya yang naik mendadak hanya dalam tempoh seketika, Dr. Say turut diundang untuk satu sesi temuramah secara langsung di sebuah radio tempatan, namun timbul pula kontroversi dek rata-rata kurang faham dengan diskripsi tugasnya sebagai doktor sehingga menimbulkan kekeliruan.
Namun perkara sudah berlalu dan tiada guna diungkit semula. Dan kini, GLAM Lelaki terpanggil untuk menghubungi semula Dr. Say kerana dengar khabarnya beliau bakal buat kemunculan semula, malah pengikut dan peminatnya juga kian bertambah dari hari ke hari menantikan perkembangan terkini beliau. Buat anda yang masih tidak tahu, selain punya profesion dan aktif dalam bidang peragaan, Dr. Say juga pernah memenangi beberapa pertandingan badan cantik suatu ketika dahulu. Ikuti temubual eksklusif kami bersama dengan Dr. Say Shazril.
GLAM LELAKI: Boleh Dr. Say ceritakan serba sedikit mengenai diri anda.
Terima kasih buat pihak GLAM Lelaki atas peluang yang diberikan. Baiklah, nama saya Muhammad Shazril bin Shaharuddin dan saya merupakan nak bongsu dari 3 adik beradik. ‘Say’ adalah nama panggilan saya. Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Oktober 1988. Saya memiliki diploma International Baccalaureate di Kolej Mara Seremban selama 2 tahun, dan kemudian menjalani kursus perubatan MBBS selama 5 tahun di MSU-Bangalore India.
GLAM LELAKI: Bagaimana Dr. Say boleh terkenal dan mulai viral di laman-laman sosial khususnya?
Hmm bagaimana saya boleh terkenal ya? Mungkin sebab sewaktu belajar dulu saya ada curi-curi masa untuk buat pengambaran dan modeling untuk iklan dan komersial. Di samping itu, saya memang aktif bersenam di gim. Bukan semata untuk kesihatan, tetapi untuk ubah persepsi masyarakat terhadap doktor yang dikatakan tiada ‘life’. Jadi, apabila seorang doktor yang sibuk masih boleh membuat modeling sambil bertugas, saya akui masyarakat sedikit terkejut.
Antara lain mungkin sebab bila saya buat housemanship di Hospital Serdang, kemudian ambil gambar sambil memegang log buku sakit puan. Tiba-tiba gambar tersebut tersebar dan netizen beranggapan saya seorang pakar sakit puan. Kemudian, dijemput pula ke konti Hot FM untuk tajuk perbincangan ‘Bos Anda Hot & Cantik’ dan seterusnya timbul pula kontroversi sehingga saya terpaksa membuat pengakuan maaf di Instagram saya.
GLAM LELAKI: Baiklah, ramai sebenarnya yang masih keliru dengan diskripsi tugasan Dr. Say sebagai seorang doktor. Boleh Dr. Say jelaskan dengan lebih lanjut?
Di sini saya ingin jelaskan yang saya bukanlah pakar sakit puan. Sekarang ni saya bertugas sebagai pegawai perubatan (MO atau Medical Officer) di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu.
GLAM LELAKI: Boleh Dr. Say ceritakan serba sedikit tentang apa saja pengalaman sepanjang bertugas sebagai doktor?
Alhamdulillah, sepanjang bertugas tidak pernah digoda setakat ini. Tetapi semasa membuat houseman, lapor diri buat pertama kali di Jabatan Sakit Puan itu, biasalah banyak pesakit-pesakit minta dan berdoa biar muka anak mereka seperti saya. Lepas itu ada yang cakap jika doktor bersalin seperti saya, senanglah nak deliver. Kemudian, minta bergambar bersama dah selalu sangat, sampaikan Pengarah Hospital Terengganu minta saya tolak secara lembut agar tidak menganggu tugasan saya dan melukakan hati mereka.
GLAM LELAKI: Baiklah, Dr. Say dikatakan satu-satunya doktor yang pernah mengungguli pertandingan bina badan suatu ketika dahulu, Jadi boleh anda jelaskan kenapa berminat dalam pertandingan bina badan seumpama ini.
Minat masuk pertandingan bermula sejak belajar di India suatu ketika lalu. Ayah saya wakil negeri masa muda-muda dahulu, tapi malangnya saya ini kaki bangku dan kurang mahir dalam sukan-sukan lain. Jadi daripada buang masa bermain permainan Dota (tengah popular masa itu), saya memberitahu pada diri saya sendiri, baik lakukan sesuatu yang berguna untuk badan serta kesihatan. Waktu itu di Malaysia tak ramai lagi yang memiliki badan sasa atau ‘sado’. Kemudian saya lihat, mereka ini sering kali dipuja dan dijadikan inspirasi, maka saya pun cubalah terjun dalam bidang ini. Saya mulai serius apabila habis belajar perubatan. Waktu itu ada 6 bulan cuti sebelum bermula jadi houseman. Jadi, saya terus bergiat kerana tidak mahu sia-siakan usaha saya membuat badan. Jadi sempatlah menyertai empat pertandingan sewaktu itu, dan menjadi juara serta menang kesemuanya.
GLAM LELAKI: Apakah agaknya rahsia kesihatan dan kecergasan Dr. Say?
Rahsia saya ialah ketelitian dalam merancang serta disiplin diri. Sebabnya sekarang waktu kerja saya tidak menentu. Adakala shif pagi, malam dan kadang kala petang. Jadi, setiap hari saya akan pelan sehari sebelum jenis latihan dan masa senaman, serta makanan yang perlu disediakan.
Kedua ialah konsisten Seperti mana yang kita ketahui, buat badan memerlukan kos yang mahal, membosankan dan memakan masa. Itulah sebabnya yang membuatkan kami istimewa kerana tidak semua sanggup menghadapi rutin ini setiap hari.
GLAM LELAKI: Khabarnya Dr Say bakal buat kemunculan semula atau ‘comeback’. So boleh Dr. Say cerita sedikit tentang kemunculan semula yang dimaksudkan itu?
Sekarang memang saya sedang giat membuat badan dan aktif bersenam di gim. Malah, saya dilantik menjadi atlet rasmi serta duta kepada Mesotropin, iaitu syarikat pengeluar produk makanan tambahan dan vitamin popular.
My last competition was in 2014. Jadi dah tiga tahun tidak naik ke pentas dan flex. Memandangkan sekarang waktu kerja dan kehidupan lebih lapang serta stabil berbanding masa HO dulu, jadi saya membuat keputusan untuk kembali bersaing. Plannya saya akan mengaplikasikan kaedah yang sama iaitu 3P – persistent, persevere & patience. Semangat memang waktu ini cukup berkobar-kobar sebab ramai yang tertanya dan menantikan kemunculan semula saya. So i’ll make sure that its the greatest comeback, iinsya allah!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
5 CARA MEMBINA OTOT DAN MEMBAKAR LEMAK LELAKI
Dalam dunia kecergasan, membina otot dan membakar lemak adalah dua matlamat utama yang sering menjadi tumpuan bagi lelaki.
CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN
Ketahui cara mudah menjaga rambut beruban agar tampak lebih sihat dan elegan. Dapatkan tips tentang syampu, produk terbaik, dan gaya rambut
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.