Skip to content

SPESIFIKASI KERETA TRUMP YANG MENGAGUMKAN

Kongsikan artikel ini

Dunia sekarang seakan menantikan kereta Donald Trump kini sedang melalui ujian terakhir sebelum ia dihantar ke White House untuk kegunaan beliau.  Kereta khas yang dipanggil oleh Trump sebagai Cadillac One and ‘The Beast’ itu bernilai $1.2 juta (RM5.4 juta) dan dilihat mempunyai sistem pertahanan yang utuh  dan dilengkapi spesifikasi keselamatan yang mengagumkan. Khabarnya, ia juga dilihat seakan menyerupai kereta milik Obama.

(Photo credit: time.com)

(Photo credit: The Sun)

Berdasarkan laporan The Sun, The Beast dilengkapi dengan pintu besi setebal lapan inci dan berat keseluruhannya adalah lapan tan. Malah, kereta ini juga dicipta untuk menahan apa saja serangan termasuk serangan biologi dan kimia. Menurut laporan, kereta terbabit boleh bertahan dari bom jalanan dan tangki minyaknya pula kalis letupan. Yang manariknya, hanya cermin sisi di bahagian pemandu sahaja dibolehkan untuk dibuka dan di dalam bonet pula terdapat bekas yang mengandungi darah sekiranya memerlukan transfusi kecemasan untuk presiden.

Gambar yang bocor di Internet menyaksikan kereta Trump kini sedang melalui fasa pemeriksaan untuk pemanduan jalanan. (Sumber foto: foxnews)

Antara ciri-ciri lain kereta itu termasuklah mempunyai senapang patah, tayar Kevlar, yang akan tetap bergerak biarpun bocor, serta dilangkapi sistem oksigen yang akan digunakan sekiranya terdapat serangan kimia.

Selain itu, beberapa senjata lain turut disembunyikan di gril hadapan kereta berkenaan yang boleh digunakan untuk menyerang balas penyerang. Beberapa laporan menyatakan kereta itu dipercayai dibina oleh General Motors.

Sumber: The Sun

Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut

Victory Travels In Louis Vuitton

Bacaan Lanjut

Porsche Taycan Cross Turismo: Kereta Sport Elektrik All-Rounder

Bacaan Lanjut

Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5

Bacaan Lanjut

“I’M SPEECHLESS.” – CHRIS EVANS LUAH RASA TERKEJUT

Bacaan Lanjut