Skip to content

DYSON HUSHJET PURIFIER COMPACT DILANCARKAN DI MALAYSIA DENGAN TEKNOLOGI ALIRAN UDARA TERINSPIRASI ENJIN JET

Kongsikan artikel ini

Syarikat teknologi global Dyson terus mengukuhkan inovasinya dalam teknologi penjagaan udara dengan pelancaran Dyson HushJet™ Purifier Compact di Malaysia. Direka untuk menawarkan penapisan udara seluruh bilik dalam saiz yang lebih kompak, peranti ini menampilkan teknologi aliran udara baharu yang diinspirasikan daripada prinsip aerodinamik enjin jet.

Model terbaharu ini memperkenalkan HushJet™ Nozzle, satu inovasi yang menggantikan teknologi Air Multiplier ikonik Dyson dengan sistem entrainment baharu yang mampu memancarkan aliran udara bersih secara lebih fokus dan efisien. Reka bentuk muncung tersebut berfungsi seperti concentrator pada pengering rambut, meningkatkan kelajuan udara sekali gus menghasilkan penapisan yang lebih pantas dan berkuasa.

 HushJet™ Nozzle

Menurut Matt Jennings, Pengarah Kejuruteraan Dyson bagi kategori Home, teknologi HushJet™ dibangunkan dengan mengambil inspirasi daripada kejuruteraan enjin jet untuk menghasilkan aliran udara yang lebih kuat tetapi pada masa yang sama lebih senyap. Pendekatan ini membolehkan Dyson mereka semula cara udara bersih diedarkan di dalam ruang kediaman.

Selain prestasi yang lebih baik, peranti ini turut direka untuk meningkatkan kesejahteraan harian pengguna, khususnya dari segi kualiti tidur. Pencemaran udara dalam ruang tertutup seperti bilik tidur boleh meningkat dengan cepat, terutama di kawasan bandar. Dengan operasi yang sangat senyap, HushJet Purifier Compact mampu berfungsi sepanjang hari dan malam tanpa mengganggu rehat pengguna.

Dalam mod malam, peranti ini beroperasi pada tahap bunyi sekitar 24 dBA. Lebih senyap daripada suasana perpustakaan dan hampir setara dengan bunyi bisikan lembut. Sistem penapisan elektrostatik baharu pula mampu menangkap 99.97% zarah halus sehingga 0.3 mikron, termasuk debunga, habuk dan alergen daripada haiwan peliharaan.

Satu lagi kelebihan utama ialah hayat penapis yang jauh lebih lama. Penapis baharu ini boleh bertahan sehingga lima tahun. Iaitu empat kali lebih lama berbanding generasi sebelumnya, menjadikannya lebih cekap dari segi tenaga dan penyelenggaraan.

Walaupun hadir dalam saiz yang kompak. HushJet Purifier Compact menawarkan prestasi yang mengagumkan dengan kadar penghantaran udara bersih (CADR) sehingga 250 meter padu sejam. Sistem penapisan yang tertutup sepenuhnya juga memastikan zarah pencemar yang ditangkap kekal berada di dalam penapis.

Dari segi ciri pintar, peranti ini dilengkapi sensor yang memantau kualiti udara secara masa nyata dan secara automatik melaraskan prestasinya melalui mod automatik pintar. Ia juga boleh dikawal melalui aplikasi MyDyson, selain menyokong kawalan suara melalui platform seperti Alexa dan Google Assistant.

Dengan gabungan teknologi kejuruteraan canggih, reka bentuk kompak dan operasi ultra senyap. Pelancaran ini menandakan langkah baharu Dyson dalam memperkenalkan generasi seterusnya teknologi penapisan udara untuk kediaman moden.

Artikel Berkaitan: PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SAINT LAURENT RIVE DROITE PARIS PERSEMBAHKAN PAMERAN EKSKLUSIF KARYA MAN RAY

Bacaan Lanjut
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!

TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!

Bacaan Lanjut

SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026

Bacaan Lanjut

7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026

Bacaan Lanjut

DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Bacaan Lanjut

RIMOWA MERAKAM PERJALANAN IKONIK MICHELLE YEOH DALAM SIRI FILEM PENDEK BAHARU

Bacaan Lanjut