Skip to content

ESCAPE SEORANG DIRI: 8 HIDDEN GEMS DI MALAYSIA YANG SEMPURNA UNTUK HEALING DAN RECHARGE

Kongsikan artikel ini

Dalam dunia yang semakin bising dan penuh tekanan, kadang kala jiwa seseorang lelaki juga perlukan masa untuk diri sendiri. Sebuah perjalanan solo yang tidak memerlukan itinerari padat dan tidak perlu peneman. Apa yang di inginkan cuma ruang untuk bernafas, memerhati dan kembali mengenali diri sendiri. Malaysia, adalah sebuah negara yang kaya dengan landskapnya menawarkan deretan ‘hidden gems’ yang menjadi destinasi ideal untuk healing dan recharge untuk mereka yang ingin bergerak solo. Berikut  merupakan 8 ‘Hidden Gems’ untuk anda menikmati pelarian solo yang tenang untuk healing dan recharge.

1. Pos Kuala Mu, Perak

Jauh di pedalaman Sungai Siput, Pos Kuala Mu merupakan salah satu  perkampungan Orang Asli yang kini menjadi syurga escapism. Spot ini memang terkenal dengan mereka yang kaki hiking kerana ia juga merupakan salah satu ‘based-camp’ untuk mereka recharges dan meneruskan pendakian esoknya. Dengan sungai sejuk sebening kristal, suasana kampung yang tidak terusik dan chalet ringkas berinspirasikan tradisi, ini adalah lokasi yang sesuai untuk mereka  yang inginkan diri dekat dengan alam. Suasana tidur dalam kesejukan malam, mandi sungai, dan hidup tanpa tekanan moden. Di sini, healing terasa sangat puas dan raw dikelilingi hutan dan gunung-ganang yang menghijau.

2. Tingkat Valley, Ipoh, Perak

Terletak di pinggir Ipoh, Tingkat Valley membawa anda ke dunia penuh ketenangan di celah-celah lembah hijau. Penginapan minimalis kayu, udara pagi yang berkabus dan bunyi alam yang natural menjadikannya tempat sempurna untuk merenung, membaca atau sekadar duduk diam menikmati bunyi alam. Ia tempat untuk “me-reset”. Tingkat Valley ialah lokasi sempurna untuk anda melarikan diri dari kesibukkan kota. Sebuah ruang privasi yang membenarkan anda menikmati alam semula jadi sambil menyaksikan keindahan flora dan fauna tanpa sebarang gangguan. Terletak hanya 20 minit dari bandar, 7 minit dari exit Jelapang. Tempat ini bukan sahaja indah tetapi juga mudah diakses. Dengan keunikan tersendiri dan perancangan lokasi yang teliti, Tingkat Valley mampu memberikan pengalaman terbaik kepada setiap tetamu yang datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tingkat Valley (@tingkatvalley)

3. Fifty4Ferns Resort, Janda Baik

Terletak hanya 40 minit dari Kuala Lumpur, Fifty4Ferns ialah antara resort hutan paling underrated di Malaysia. Resort ini menawarkan pelbagai jenis penginapan daripada chalet kayu bergaya kampung dengan pemandangan sungai dan bukit. Kesemjua chalet dan bilik ini direka dengan menggabungkan elemen tradisional dengan keselesaan moden seperti bilik mandi en-suite, penghawa dingin, balkoni dan ruang santai. Setiap bilik mempunyai elemen alam yang tersendiri dengan membiarkan bunyi sungai, angin dan burung menjadi sebahagian daripada pengalaman menginap. Dengan suasana yang nyaman dan landskap tropika yang tenang, Fifty4Ferns ialah destinasi ideal untuk sesiapa yang mencari ketenangan, privasi dan penginapan yang dekat dengan alam tetapi tetap selesa. Untuk solo traveller yang perlukan ruang mental dan fizikal, inilah retreat yang memeluk anda dengan ketenangan total.

4. Payong Hujan, Taiping, Perak

Spot glamping di  Payong Hujan Taiping, Perak atau dikenali sebagai ATV Adventure Park Larut merupakan salah satu hidden gems yang underated yang sarat dengan keindahan alam semula jadi. Ia merupakan destinasi glamping dan adventure yang menyatukan keindahan alam dan keseronokan luar. Apa yang menarik disi ialah anda boleh menginap di dalam khemah ataupun “camper-bus”, ataupun pondok kecil dalam suasana hutan tropika, dikelilingi pokok, sungai dan alam semula jadi. Selain penginapan ala-rustik ini, Payong Hujan juga turut menawarkan pengalaman off-road menggunakan ATV. Track ATV ini bermula dari laluan denai, sungai dan cabaran hutan. Sangat sesuai untuk mereka yang mahukan adrenalin dan aktiviti lasak semasa solo travelling. Untuk mereka yang yang mencari ketenangan dan healing ataupun getaway, kombinasi glamping + ATV + alam di Payong Hujan memberikan keseimbangan unik antara relaks, pengembaraan dan connect dengan alam. Jauh dari kesibukan bandar, tetapi tetap praktikal dan mesra pengalaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PAYONG HUJAN ☔ (@pyg.hjn)

5. Sekeping Serendah Retreats, Selangor

Sekeping Serendah Retreats ikonik dalam kategori eco-retreat hutan tropika.  Menawarkan pengalaman “glamping natural” hanya kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kawasan. Bermula daripada “Glass Shed” dan “Mud/Timber Shed” hinggalah ke “Warehouse”. Kesemua bilik ini direka secara ringkas dan “mesra alam”, seolah-olah khemah mewah di tengah hutan. Bilik luas disediakan dengan katil queen-size atau katil double, kelambu/ jaring nyamuk, kipas siling, dan tempat mandi air panas (untuk unit selain “Glass Box”). Retret ini juga menyediakan dapur kecil dengan peti sejuk, hob gas, ketuhar, dan perkakas asas kepada pengguna. Memberikan anda kebebasan memasak atau BBQ sendiri. Suasana jauh dari kesesakan bandar, ditingkahi suara hutan dan aliran sungai, membuat ia lokasi ideal bagi solo traveller yang mahukan “disconnect” dengan kesibukkan bandar. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin berehat, trekking ringan, mandi kolam, BBQ, atau sekadar menikmati malam dengan bunyi alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahim Rahman (@rahimonn)

6. Bukit Larut, Perak

Untuk solo traveller yang mencari ruang untuk healing dan recharge, Bukit Larut adalah destinasi sempurna yang menawarkan ketenangan yang dicari. Terletak tinggi di atas Taiping dengan udara segar dan panorama bukit yang memukau, Bukit Larut mengundang refleksi diri sama ada menyaksikan matahari terbit atau hanyut dalam kehijauan kanopi hutan. Di sini, anda boleh mendaki melalui laluan hutan yang menenangkan atau menaiki jeep yang disediakan. Setibanya di puncak, pelbagai kemudahan mesra pengunjung menanti bermula dari dari banglo era kolonial yang dipulihara, rumah rehat yang selesa, pusat pelawat, restoran, kedai cenderamata dan juga tandas awam. Tapak perkhemahan  juga disediakan untuk campers yang mahu lebih dekat dengan alam.

Bagi solo traveller, gabungan ketenangan semula jadi dan keselesaan asas ini adalah sempurna. Aktiviti pagi dihabiskan dengan trekking atau memerhati burung, petang santai di banglo sambil menikmati hidangan tempatan dengan pemandangan bukit yang memukau. Kabus mistik, udara gunung yang segar, dan daun yang berbisik menjadikan Bukit Larut seperti butang reset lembut untuk minda dan jiwa.

7. Kampung Kuantan Firefly Park, Kuala Selangor

Selain camping dan juga retret pendek di sungai, melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan Firefly Park, Kuala Selangor juga antara spot yang digemari para solo traveller. Pengunjung akan menaiki sampan tradisional tanpa enjin, menyusuri lekuk dan lengkok Sungai Selangor yang tenang untuk menyaksikan ribuan kelip-kelip. Untuk ke sini, memandu adalah pilihan terbaik. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar di Sungai Buloh dan ikut papan tanda ke Kuala Selangor. Manakala dari Klang, anda boleh melalui Kapar sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor. Kedua-dua laluan mengambil kurang daripada 80 minit.

Kawasan jeti turut dilengkapi gerai makanan dan minuman, tandas awam, kedai cenderahati dan tempat letak kereta yang luas. Lokasi ini juga menjadi pilihan solo traveller kerana berhampiran De Palma Eco Resort dan VI Boutique Hotel. Untuk pengalaman terbaik, bawa kasut sukan atau kasut bertapak getah, serta semburan nyamuk yang mencukupi.  Flash kamera adalah dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu isyarat cahaya yang digunakan kelip-kelip untuk berkomunikasi.

8. Tanjung Rhu Beach, Langkawi

Bagi solo traveller yang ingin “reset” minda daripada kesibukan bandar atau kepenatan trekking hutan, Tanjung Rhu Beach di Langkawi antara hidden gems di Malaysia menawarkan ketenangan yang berbeza. Pasir putih halus, ombak perlahan, dan deru laut yang menenangkan, sesuai untuk berehat dan refleksi diri. Tanjung Rhu Resort menyediakan pantai peribadi sepanjang 2.5 km, kolam renang dengan pemandangan laut, spa, dan suite mewah untuk pengalaman menginap solo yang selesa. Aktiviti seperti berkayak, snorkel, sukan air, atau tour bot ke hutan bakau dan geopark berdekatan memastikan keseimbangan antara ketenangan dan keseronokan, sebelum kembali ke resort untuk menikmati matahari terbenam sambil “recharge” minda dan badan. Tanjung Rhu, dengan kombinasi laut, pasir, dan kemewahan ringan, memang destinasi ideal untuk solo traveller yang mahu melarikan diri seketika dan menenangkan jiwa.

Artikel Berkaitan: ‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOOD TRIP MALAYSIA : 10 BANDAR ‘MAKANAN SEDAP’

Bacaan Lanjut
Coach Ipoh

COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA

Bacaan Lanjut

KUALA LUMPUR MENDUDUKI TEMPAT #2 DESTINASI PERCUTIAN TERSOHOR DUNIA

Bacaan Lanjut
STELLAR GLAMPSITE TERBARU CAMERON HIGHLAND BAK PERCUTIAN LUAR NEGARA

STELLAR GLAMPSITE TERBARU CAMERON HIGHLANDS BAK PERCUTIAN LUAR NEGARA

Bacaan Lanjut
A TOAST TO ARTISTRY: ROYAL SELANGOR LANCARKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2022

KOLABORASI CHEF RICKY DAN CK KHO UNTUK KOLEKSI ‘A TOAST TO ARTISTRY’

Bacaan Lanjut
HUSTLE (WFH) IN STYLE

HUSTLE (WFH) IN STYLE

Bacaan Lanjut