EYKA FARHANA SELAMAT BERTUNANG BERSAMA PILIHAN HATI, AKHYAR RASHID
Pelakon anggun dan molek Malaysia, Eyka Farhana akhirnya selamat bertunang bersama pilihan hatinya, Akhyar Rashid.
Pertunangan diantara Eyka Farhana dan Akhyar Rashid diadakan pada 4 Ogos 2024 yang lalu secara kecil-kecilan. Majlis itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Eyka dan Akhyar. Selepas tiga bulan menyimpan rahsia, Eyka memuat naik foto-foto pertunangannya pada 4 November 2024 di laman Instagramnya. Gambar-gambar bersama keluarga dan tunangnya dikongsi kepada peminat. “Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku,” ujar Eyka di ruangan kapsyen Instagramnya.
Hubungan antara Eyka Farhana dan penyerang pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ini bukanlah baru. Walaupun tidak pernah diumumkan secara rasmi, kedua-dua pasangan ini seringkali dilihat keluar bersama sejak tahun 2020. Majlis pertunangan antara mereka berdua disambut dengan baik oleh rakan-rakan selebriti serta peminat di ruangan komen. Di dalam gambar pertunangan mereka, Eyka dan Akhyar kelihatan mengenakan busana sedondon berona nude. Gambar cincin pertunangan dari jenama Tiffany & Co. juga dikongsi bersama cake oleh Eyka.
Akhyar Rashid atau nama sebenarnya, Muhammad Akhyar Bin Abdul Rashid adalah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Malaysia Terengganu dalam Liga Super Malaysia dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang berasal dari Kedah. Pemain bola sepak berumur 25 tahun itu kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sejak tahun 2018. Kini, Akhyar menjadi pemain pinjaman untuk bermain di dalam pasukan bola sepak Terengganu.
Pautan Berkaitan: FOTO ISTIADAT BERINAI PASANGAN DIRAJA TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR & TENGKU NATASYA PUTERI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH
Dilancarkan di Spur, High Line Kota sibuk New York, Coach melancarkan koleksi Musim Bunga 2025.
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024
Dari filem buatan Malaysia, “Tiger Stripes” yang memenangi Critics’ Week Grand Prize di Cannes Film Festival 2023 kepada siri hangat “Mr. & Mrs. Smith” baharu lakonan Donald Glover, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Februari 2024.
‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024
Setelah 5 tahun selepas filem pertama ditayangkan, Grand Brilliance Studio bakal kembali dengan "Anak Perjanjian Syaitan 2" yang akan mula menghantui peminat bermula awal tahun hadapan.
BE YOUR OWN BOSS
BOSS Parfums memperkenalkan wangian baharu BOSS Bottled Parfum yang menangkap aura luar biasa dan memberi impak kepada setiap individu.
GL MEI 2022: IDRIS KHAN & EYKA FARHANA; WE GO HIGH!
Dibintangi oleh Idris Khan & Eyka Farhana, siri kasut Nippon Made garapan Onitsuka Tiger yang menggabungkan keselesaan berserta seni ketukangan sepatu Jepun ini tiada tandingan.