Skip to content

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA FEBRUARI 2025

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA FEBRUARI 2025

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.

Naskah yang ditayangkan di layar perak tahun lalu meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton. Namun jangan gusar kerana tahun ini juga tidak kurang hebatnya.

Bulan lalu penonton telah disajikan dengan pelbagai filem hebat dari dalam dan luar negara seperti Harbin, Companion, Wolf Man dan Soloz Game of Life.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada Februari ini

 

1. Limbungan

FILEM FEBRUARI 2025

Tarikh tayangan: 6 Februari

Pelakon: Kodi Rasheed, Amerul Affendi, Cat Farish, d’ Boy Hamdan, Chacha Maembong

Sinopsis: Pada 1975, Ramli dan Malik memulakan perjalanan ke Kampung Limbungan untuk mengambil alih satu projek terbengkalai. Malangnya mereka diserang harimau jadian yang menakutkan sehingga memaksa mereka bergelut untuk terus hidup.

 

2. Love Hurts

FILEM FEBRUARI 2025

Tarikh tayangan: 6 Februari

Pelakon: Ke Huy Quan, Ariana DeBose, Daniel Wu, Mustafa Shakir, Rhys Darby

Sinopsis: Seorang ejen hartanah cuba menyembunyikan kehidupan lalunya sebagai pembunuh upahan. Segalanya berubah apabila dia menerima sekeping sampul surat merah daripada bekas rakan jenayah yang disangkanya telah mati.

 

3. The Bayou

FILEM FEBRUARI 2025

Tarikh tayangan: 6 Februari

Pelakon: Elisha Applebaum, Madalena Aragão, David Newman

Sinopsis: Satu percutian indah bertukar tragedi apabila Kyle dan rakan-rakannya terlibat dalam nahas kapal terbang di kawasan terpencil Louisiana. Tanpa disangka ada bahaya yang lebih besar menanti mereka di celah-celah semak.

 

4. Dajal: Satu Malam Di Pedajal

FILEM FEBRUARI 2025

Tarikh tayangan: 6 Februari

Pelakon: Amir Nafis, Jay Iswazir, Bidin Alzaifa, Syed Shah Iqmal, Khatijah Tan

Sinopsis: Dua pekerja pembersihan terperangkap secara mistik dalam sebuah banglo apabila salah seorang daripada mereka membaca sebuah buku ritual lama semasa menjalankan tugas.

 

5. Bring Them Down

FILEM FEBRUARI 2025

Tarikh tayangan: 7 Februari

Pelakon: Christopher Abbott, Barry Keoghan

Sinopsis: Michael, anak kepada keluarga gembala dari Ireland menjalani kehidupan terpencil selepas kematian ibunya. Keadaan berubah secara drastik apabila konflik antara Michael dan petani lain yang juga pesaingnya memuncak.

 

6. Bridget Jones: Mad About the Boy

Tarikh tayangan: 12 Februari

Pelakon: Renée Zellweger, Leo Woodall, Hugh Grant, Colin Firth, Emma Thompson

Sinopsis: Bridget Jones akhirnya mendapat tuah dalam hidupnya. Dia kini mempunyai kerjaya hebat sebagai penulis skrip, juga teman lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Namun siapa sangka ia mula mencetuskan masalah.

 

7. Strike: Silat Cult Master

Tarikh tayangan: 13 Februari

Pelakon: Aiman Ameer, Azri Safix, Muhammad Lokman, Jay Iswasir

Sinopsis: Izra melarikan diri daripada Abil, ketua kumpulan samseng yang membunuh ibunya. Dia bernasib baik apabila diselamatkan oleh Tok Rahmat yang akhirnya menjadi guru silatnya. Setelah dewasa, Izra memburu Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya.

 

8. Dark Nuns

Tarikh tayangan: 13 Februari

Pelakon: TSong Hye-kyo, Jeon Yeo-been, Lee Jin-uk, Moon Woo-jin, Huh Joon-ho

Sinopsis: Untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang dirasuk roh jahat, Sister Giunia sanggup berdepan bahaya yang tidak dapat diramal, termasuk melakukan ritual eksorsisme yang dilarang.

 

9. Captain America: Brave New World

Tarikh tayangan: 14 Februari

Pelakon: Anthony Mackie, Harrison Ford, Liv Tyler, Tim Blake Nelson, Danny Ramirez

Sinopsis: Sam Wilson terlibat dalam insiden antarabangsa selepas bertemu Presiden Thaddeus Ross. Dia perlu menyelidik punca di sebalik plot global jahat sebelum dalang sebenar membuat seluruh dunia menjadi huru hara.

 

10. The Monkey

Tarikh tayangan: 21 Februari

Pelakon: Theo James, Elijah Wood, Tatiana Maslany, Rohan Campbell, Oz Perkins

Sinopsis: Apabila pasangan kembar Bill dan Hal menemui mainan monyet lama bapa mereka di loteng, satu siri kematian bermula. Adik-beradik itu memutuskan untuk membuang mainan tersebut dan meneruskan kehidupan, tanpa menyedari hubungan mereka menjadi renggang tahun demi tahun.

 

11. Nosferatu

Tarikh tayangan: 27 Februari

Pelakon: Willem Dafoe, Aaron Taylor-Johnson, Bill Skarsgård, Nicholas Hoult, Emma Corrin, Ralph Ineson, Lily-Rose Depp

Sinopsis: Obsesi seekor puntianak terhadap seorang wanita yang dirasuk mencetuskan kisah gothik ngeri yang tidak dapat dibayangkan.

 

12. 1 Imam 2 Makmum

Tarikh tayangan: 27 Februari

Pelakon: Amanda Manopo, Fedi Nuril, Revalina S. Temat

Sinopsis: Anika cuba membuatkan suaminya Arman jatuh cinta terhadapnya, namun Arman masih belum mampu melupakan arwah isterinya. Mampukah Anika bertahan dan bersaing dengan wanita yang tidak lagi wujud di alam nyata?

 

Pautan berkaitan: 10 FILEM TERBAIK TOM CRUISE MENURUT ROTTEN TOMATOES

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA

STAIL BINTANG BRIDGET JONES: MAD ABOUT THE BOY DI ACARA TAYANGAN PERDANA

Bacaan Lanjut
30 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2025

30 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA DISEMBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA DISEMBER 2024

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

Bacaan Lanjut
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut