Skip to content

FILEM UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM PADA BULAN JUN 2025

FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025

Kongsikan artikel ini

Filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2025 semestinya memberi pelbagai emosi yang naik turun buat pencinta filem. 

Musim blockbuster kembali untuk bulan ini! Bulan Jun 2025 menjanjikan deretan filem menarik yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara. Daripada aksi mendebarkan, animasi menyentuh hati, sehinggalah kisah cinta dan komedi yang mencuit rasa. Inilah masa terbaik untuk para peminat filem menikmati tayangan di layar perak. Sama ada anda pencinta francais besar atau penggemar karya tempatan, senarai filem bulan ini pasti ada sesuatu untuk semua. GLAM Lelaki akan berkongsi tujuh filem anda patut tonton di pawagam sepanjang bulan Jun 2025 ini.

#1 How To Train Your Dragon

Tarikh: 7 Jun 2025

Pelakon: Julian Dennison, Gabriel Howell, Bronwyn James

Sebuah adaptasi aksi nyata dari filem animasi How to Train Your Dragon kini sedang dalam produksi, diarahkan oleh Dean DeBlois. Filem ini bakal menampilkan barisan pelakon termasuk Gerard Butler dan Nico Parker. Kisahnya mengisahkan seorang pemuda Viking yang bercita-cita untuk memburu naga, namun akhirnya berkawan dengan seekor naga muda.

FILEM JUN 2025

#2 Martabat: Misi Berdarah

Tarikh: 12 Jun 2025

Pelakon: Fad Bocey, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Michael Ang, Anas Ridzuan, Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nelissa Nizam

Sinopsis: Sekumpulan pelakon tambahan yang unik dan penuh gelagat sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar impian untuk menjadi pelakon terkenal atau mendapatkan watak yang lebih besar di Malaysia. Sarat dengan aksi melampau, sindiran tajam, dan elemen emosi, ini merupakan debut pengarahan Zahiril Adzim. Ia juga dianggap sebagai sebuah penghormatan yang berani dan lucu kepada “pelakon tambahan” harian yang percaya merekalah watak utama sebenar.

FILEM JUN 2025

#3 Komang

Tarikh: 5 Jun 2025

Pelakon: Aurora Ribero, Kiesha Alvaro, Cut Mini Theo

Sinopsis: Ode ialah seorang pemuda dari Buton yang jatuh cinta dengan Ade, seorang perantau dari Bali. Mereka bertemu di Sulawesi Tenggara dan mula menyulam cinta. Namun, cabaran yang mereka hadapi terlalu besar sehingga menjadi penghalang kepada hubungan mereka. Selain berdepan halangan daripada segi agama, hubungan mereka juga diuji oleh status sosial. Namun Ode tidak gentar sebagai seorang lelaki, dia nekad untuk membuktikan cintanya. Demi mengejar impian, Ode perlu berhijrah ke Jakarta. Bukti cinta daripada Raim Laode bukan sekadar kata-kata.

FILEM JUN 2025

#4 Dangerous Animal

Tarikh: 19 Jun 2025

Pelakon: Hassie Harrison, Jai Courtney, Josh Heuston

Sinopsis: Apabila Zephyr, seorang surfer yang bijak dan bebas jiwa, diculik oleh seorang pembunuh bersiri yang taksub dengan jerung. Dia kemudian dikurung di atas botnya dan mesti mencari jalan untuk melarikan diri sebelum lelaki itu melaksanakan upacara pemujaan berdarah dengan menjadikannya umpan kepada jerung-jerung.

FILEM JUN 2025

#5 F1

Tarikh: 27 Jun 2025

Pelakon: Brad Pitt, Kerry Condon, Javier Bardem

Sinopsis: Pada tahun 1990-an, Sonny Hayes merupakan pelumba Formula 1 yang paling hebat, sehinggalah satu kemalangan di litar hampir menamatkan kerjayanya. Tiga puluh tahun kemudian, pemilik sebuah pasukan Formula 1 yang sedang bergelut memujuk Sonny untuk kembali berlumba dan menjadi yang terbaik di dunia. Memandu bersama seorang pelumba muda berbakat dalam pasukan tersebut, Sonny segera menyedari bahawa jalan menuju penebusan bukanlah sesuatu yang boleh dilalui seorang diri

#6 Bride Hard

Tarikh: 20 Jun 2025

Pelakon: Rebel Wilson, Anna Camp, Anna Chlumsky

Sinopsis: Apabila sebuah kumpulan tentera upahan mengambil alih majlis perkahwinan mewah sebagai tebusan, mereka langsung tidak menyangka apa yang bakal menanti mereka. Pengapit kepada pengantin itu merupakan seorang ejen rahsia yang bersedia untuk menghujani neraka ke atas sesiapa sahaja yang berani merosakkan majlis perkahwinan sahabat baiknya sendiri.

#7 Kaiju No. 8: Mission Recon

Tarikh: 26 Jun 2025

Pelakon: Wataru Kato, Kengo Kawanishi, Asami Seto, Masaya Fukunishi

Sinopsis: Satu hari yang jarang berlaku di mana Pasukan Pertahanan dapat menikmati sedikit ketenangan, iaitu hari cuti. Selepas menghabiskan begitu banyak masa untuk latihan, Reno mula lupa apa yang sepatutnya dia lakukan pada hari cutinya. Dia mendapati Hoshina sedang melakukan sesuatu yang misteri pada hari cutinya sendiri, lalu Reno mengambil keputusan untuk mengekori Hoshina bersama Iharu. Namun, misi mengekori itu membawa mereka ke arah yang langsung tidak dijangka

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mission impossible the final reckoning

7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU

Bacaan Lanjut
8 FILEM BULAN MEI 2025 UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM

8 FILEM BULAN MEI 2025 UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut

5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR

Bacaan Lanjut

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut

5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut