Skip to content

First Look: Lupin Part 2

Kongsikan artikel ini

Laman penstriman gergasi, Netflix mengeluarkan beberapa gambar pertama daripada The World’s Favourite Gentleman Buglar dan Master of Disguise dalam siri hangat ‘Lupin Part 2’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

 

 

Buat peminat Lupin, saat yang dinanti-nantikan bakal tiba tidak lama lagi. Laman penstriman gergasi, Netflix telah mengeluarkan beberapa gambar untuk meningkatkan keterujaan peminat untuk sambungan bahagian kedua nanti. ‘Lupin Part 2’ pastinya penuh dengan aksi dan kejutan berdasarkan gambar-gambar yang dikeluarkan.

Bonjour mes amis,

Ketika peminat merasakan kehidupan Assane Diop akan bertukar menjadi lebih baik, episod terakhir ‘Lupin Part 1’ membuktikan kita semua silap.

 

 

Dalam ‘Lupin Part 2’ nanti, jalan cerita pastinya bukan hanya permainan sahaja. Misi Assane untuk membalas dendam terhadap Hubert Pelligrini telah memecah-belahkan keluarganya. Dalam keadaan ini, dia perlu memikirkan rancangan baharu, walaupun ia bermaksud akan meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya.

 

Apakah pendapat anda mengenai gambar-gambar pertama yang dipetik daripada ‘Lupin Part 2’ ini? Gambar utama menunjukan Assane Diop sedang melihat kota Paris dari sebuah taman. Mungkinkah dia sedang merancang untuk melakukan misi balas dendamnya?

‘Lupin Part 2’ akan mempunyai 5 episod, dan akan ditayangkan tidak lama lagi sekitar musim panas hanya di Netflix.

 

 

Pelakon: Omar Sy, Hervé Pierre, Nicole Garcia, Clotilde Hesme, Ludivine Sagnier, Antoine Gouy, Shirine Boutella, Soufiane Guerrab.

Dihasilkan oleh George Kay in collaboration with François Uzan.

Diarahkan oleh Ludovic Bernard (episod 6 &7), Hugo Gélin (episod 8,9 & 10)

Diterbitkan oeh Gaumont Télévision (Isabelle Degeorges, Nathan Franck)

 

 

Foto: Netflix Malaysia

Baca lebih lanjut: MARVEL MEMBERIKAN FIRST LOOK FILEM ‘ETERNALS’, SERTA JUDUL BLACK PANTHER 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2024

Bacaan Lanjut
must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
cannes 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FESTIVAL FILEM CANNES 2024 (SETAKAT INI)

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut