Skip to content

GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA DI K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR

GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA UNTUK K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Ratu muzik genre-bending dari JYP Entertainment, NMIXX bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2025 ini di K-Wave Super Concert. 

Dikenali dengan bunyi Mixx Pop yang berani serta pengaruh fesyen yang tidak dapat disangkal, NMIXX akan berada di Idea LIVE Arena, 3 Damansara buat pertama kalinya. Ini merupakan kemunculan pertama NMIXX di Malaysia selepas 3 tahun debut. NMIXX terus mendefinisikan semula muzik K-Pop, sentiasa mencabar batas dengan setiap lagu mereka. Daripada debut mereka yang menggemparkan dengan O.O hingga ke DICE yang penuh fantasi. Lagu kegemaran ramai, Love Me Like This serta DASH yang rancak, kebanyakkan lagu mereka seringkali tular. Kumpulan wanita ini menyajikan pengalaman muzik yang luar biasa dan berbeza dari yang lain. Konsert ini bakal menjadi persembahan penuh genre campuran, pameran vokal hebat dan tarian memukau yang akan membuatkan penonton terpaku.

NMIXX KUALA LUMPUR

Selepas memukau peminat di jelajah NMIXX CHANGE UP: MIXX LAB mereka di Australia dan Bangkok, kini giliran Kuala Lumpur menerima tenaga luar biasa mereka. Mereka juga menghangatkan pentas berprestij seperti Music Bank World Tour di Madrid dan KCON LA.  Nantikan senarai lagu yang padat dengan hit popular dan lagu kegemaran peminat yang menonjolkan kehebatan mereka secara langsung. NMIXX juga akan disertai dengan kumpulan wanita Malaysia, DOLLA. Gabungan dua kumpulan wanita dengan genre girl crush ini amat dinantikan oleh NSWER dan iDOLLA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOL Asia (@wearelol.asia)

Impak NMIXX Dalam Dunia Hiburan

Selain muzik, NMIXX turut dikenali sebagai ikon fesyen K-pop yang tidak dapat disangkal. Terkenal dengan gaya yang sentiasa berubah dan berani, mereka menjadi pencetus trend. Daripada perlantikan sebagai duta global jenama mewah Loewe, hinggalah penggayaan persalinan pentas mereka yang unik. Selain Loewe, NMIXX turut dilantik sebagai duta Asia jenama fesyen GUESS. Kyujin, ahli termuda kumpulan ini merupakan duta rasmi Beidelli.

NMIXX merupakan kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh SQU4D, sub-label kepada JYP Entertainment. Terdiri daripada enam ahli yang sangat berbakat, Lily, Haewon, Sullyoon, Bae, Jiwoo, dan Kyujin memulakan debut mereka pada Februari 2022 dengan album single AD MARE. Mereka diraikan kerana genre unik MIXX POP, gabungan pelbagai gaya muzik, serta persembahan yang bertenaga, meletakkan penanda aras baharu dalam dunia muzik global.

Pautan Berkaitan: 8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS

Bacaan Lanjut

DOLLA KEMBALI DENGAN “MWA” BAWA GELOMBANG BARU

Bacaan Lanjut
LAGU NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY

NEW RELEASE K-POP ANDA PATUT DENGAR DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

Bacaan Lanjut
KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN

KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN

Bacaan Lanjut
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut