Skip to content

GANDINGAN HEBAT HATTAN & JAMAL ABDILLAH UNTUK ‘KEPADAMU KEKASIH SIMFONI RAMADAN’

GANDINGAN HEBAT HATTAN & JAMAL ABDILLAH UNTUK ‘KEPADAMU KEKASIH SIMFONI RAMADAN’

Kongsikan artikel ini

Sempena bulan Ramadan, sebuah konsert berkonsep kerohanian bakal diadakan yang menyaksikan kolaborasi mantap Dato’ Hattan dan Dato’ Jamal Abdillah.

Konsert yang diberi nama ‘Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan’ ini bakal berlangsung di Royale Chulan, Seremban pada 29 Mac. Ia dianjurkan oleh Berkat Budi dengan kerjasama HS Shazlicious Trading.

Ini merupakan peluang keemasan buat peminat yang mahu menonton persembahan dua legenda tanah air terutama Hattan yang bakal bersara daripada bidang nyanyian pada bulan Jun. Penyanyi berusia 60 tahun ini juga baru saja menghiburkan peminat di samping Konsert Ijmal Cinta Ramadan pada 23 Mac lalu.

Impian Dato’ Hattan Menjadi Kenyataan

Menurut pelantun Mahligai Syahdu ini, dia sememangnya sudah lama memasang angan-angan untuk bergandingan dengan Jamal sebagai kejutan buat penonton konsert.

“Saya memang mahu berkongsi pentas dengan legenda dalam industri muzik kerana peminat pastinya teruja menantikan persembahan kami nanti.

“Sesuatu yang cukup istimewa untuk dapat berkongsi pentas dengan seorang legenda dalam industri muzik tempatan. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya, menurut laporan Mstar.

Hattan juga berharap penonton merasai kegembiraan luar biasa dan mendapat inspirasi kerohanian yang membangkitkan semangat mereka dalam bulan mulia ini.

“Saya dan Jamal akan mempersembahkan kesinambungan muzik dengan begitu indah dalam suasana yang penuh keberkatan ini. Agar kita semua tahu, pentingnya untuk menyampaikan pesanan keagamaan bukan saja menerusi dakwah dan ceramah, tetapi juga melalui seni dan hiburan.”

Tiket menerusi penjualan meja berharga RM15,000 (Table VVIP), RM1,200 (Table VIP), RM8,000 (Table Platinum), RM6,000 (Table Gold) dan RM4,000 (Table Silver).

 

Pautan berkaitan: KONSERT SEBUAH EPITOME SAYA SITI NURHALIZA GEGAR AXIATA ARENA