GARMIN EPIX GEN 2, FENIX 7 & INSTINCT 2: JAM TANGAN PINTAR BUAT LELAKI MODEN
Sama ada untuk kesihatan, pengembaraan mahupun bergaya, jam tangan pintar Garmin FENIX 7, EPIX GEN 2 dan INSTINCT 2 membariskan fungsi dan teknologi terkini untuk lelaki moden yang aktif.
Penyelaras & teks MUZAMMIN MUZLAN Foto AIMAN YAZID Grooming ZAC LEE HENG CONG Model HADRI HASHIM
Hari ini, jam tangan bukan lagi sebagai penentu waktu sahaja. Jam tangan pintar kini sinonim dengan fungsi kesihatan, pengembaraan dan gaya. Peneraju dalam jam tangan pintar, Garmin memperkenalkan tiga model baharu iaitu EPIX GEN 2, FENIX 7 dan INSTINCT 2 yang masing-masing mempunyai fungsi dan teknologi unik, serta desain yang tersendiri.
Kesihatan adalah simbol kekayaan sebenar. Jam tangan pintar Garmin dapat menyempurnakan setiap gaya hidup lelaki moden masa kini dengan menggunakan data sains terus dari pergelangan tangan. Selain menjadi motivasi untuk mencapai matlamat kesihatan, kecergasan mahupun pengembaraan, ia turut menjadi gajet untuk berhubung terus ke dunia digital dan sosial media.
Garmin kekal dengan reka bentuk yang klasik, cukup versatil dan mudah dipadankan dalam apa jua gaya dan suasana. EPIX GEN 2 ditujukan untuk penggemar aktiviti luar yang berfesyen yang mementingkan stail dan nikmat kehidupan. FENIX 7 pula sesuai untuk pencari cabaran dan cukup berani untuk menyertai triatlon atau sebarang sukan luar, manakala jam tangan pintar INSTINCT 2 pula buat lelaki yang tech-savvy dan mahukan keseronokan dalam kehidupan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA
Made in Finland, jam tangan Suunto Vertical terbaharu menampilkan peta offline percuma, pengecasan solar dan hayat bateri yang paling berkuasa.
GARMIN INSTINCT CROSSOVER, JAM TANGAN PINTAR YANG LEBIH TAHAN LASAK UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALFA
Ini ciri-ciri khas yang ada pada Instinct Crossover, jam tangan pintar terbaru daripada Garmin yang anda perlu tahu!
CIRI TERKINI FITNESS+ KINI BOLEH DINIKMATI TANPA APPLE WATCH
Pengguna iPhone kini dapat nikmati pengalaman ciri baharu Apple Fitness+ dengan pembelian baharu atau langganan tersuai aplikasi ini.
PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3
Jam tangan pintar Montblanc Summit 3 yang mengimbangi teknologi dan legasi
PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI
Samsung Malaysia memperkenalkan beberapa buah peranti pintar terbaru bagi melengkapkan gaya seharian anda.