#GLFIRSTGAYAHIDUP PENGALAMAN BUNYI PERSIS PAWAGAM DENGAN SONOS BEAM GEN 2
Sonos memperkenalkan Beam (Gen 2) yang kini dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos dan format audio baharu untuk memberikan pengalaman bunyi persis pawagam terus dari rumah.
Dalam menetapkan standard baharu pada pengalaman bunyi untuk televisyen, muzik, permainan video dan banyak lagi, Sonos memperkenalkan generasi kedua Beam yang terkini. Soundbar bersaiz kompak ini dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos dan format audio baharu seperti Amazon Music juga Ultra HD untuk memberikan pengalaman bunyi persis pawagam terus dari rumah.

Saya berpeluang mencuba sendiri Sonos Beam (Gen 2) di rumah yang memberikan pengalaman tontonan yang luar biasa. Dengan sokongan Dolby Atmos, ia melokalisasikan bunyi di sekeliling ruang rumah untuk menikmati pengalaman seperti berada di pawagam. Setiap bunyi kedengaran cukup jelas, penuh energi dan mendalam. Juga sesuai digunakan dengan lebih 100 perkhidmatan penstriman yang tersedia di aplikasi Sonos.
Pengalaman mendengar muzik atau menonton video muzik juga terasa berbeza. Dengan Amazon Music Ultra High-Definition, muzik boleh didengar dengan audio lossless hingga 24-bit / 48kHz pada pembesar suara Sonos, serta Dolby Atmos Music, sebuah format audio mendalam yang menjangkaui batasan rakaman studio tradisional dan mendedahkan setiap perincian muzik. Juga Sonos merancang untuk menambah sokongan untuk menyahkod DTS Digital Surround Sound pada akhir tahun ini.

Tidak boleh dinafikan, apa yang paling saya tertarik dengan Beam (Gen 2) adalah desainnya yang cukup sleek dan simple sebagai aksesori dekorasi rumah. Bukan sahaja reka bentuknya yang cukup mudah, malah estetika tanpa butang yang menawan itu juga mudah untuk digunakan. Atau hanya kawal bunyi atau volum menggunakan telefon pintar terus dari keselesaan sofa.
Beam (Gen 2) juga lebih lestari dengan pembungkusan yang lebih mesra alam, termasuk kertas kraft premium tanpa lapisan, kotak yang diperbuat daripada 97% kertas lestari, dan tiada busa hanya untuk sekali pakai. Sonos Beam (Gen 2) boleh didapati dengan harga jualan RM2,699 di trysonos.my.
Foto: Sonos
Baca lebih lanjut: GOPRO HERO10 BLACK – KUALITI RAKAMAN DAN PENSTABILAN VIDEO TERUNGGUL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
5 PAWAGAM MEWAH DI KUALA LUMPUR UNTUK PENGALAMAN MENONTON ‘FIRST CLASS’
Kuala Lumpur kini menyajikan barisan pawagam mewah untuk meningkatkan lagi pengalaman ketika anda keluar menonton wayang.











